Halaman

Selasa, 27 Mac 2012

HUKUM MENDERMAKAN ORGAN

     Ada yang mengatakan bahawa tidak mengapa untuk mendermakan sesuatu yang merupakan pemiliknya.Namun adkah tubuh badan kita itu adlah milik kita? ataupun hanya pinjaman dari ALLAH SWT dan tidak boleh didermakan?
Tubuh merupakan anugerah ALLAH yang tidak ternilai , kita tidak boleh melakukan sesuka hati kita seperti membubh diri sendiri mahupun memperdagangkannya untuk mendapat keuntungan untuk diri sendiri.Namun perlu diperhatikan disini bahawa manusia boleh menggunakan tubuh badannya sebagaimana dia menguruskan hartanya.Harta merupakan milik ALLAH sebagaimana disyariatkan didalam islam
..."dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta ALLAH yang dikurniakan kepadamu ..."(an-nur;33)
Akan tetapi ALLAH memberi kebebasan untuk nmembelanjakan harta tersebut.Maka manusia boleh mendermakan harta untuk kepentingan orang lain dan dibolehkan untuk mendermakan sebahagian daripada bahagia tubuhnya untuk orang lain tetapi dengan bersyarat!
       Pada zaman sekarang ramai pernderma darah yang mendermakan darahmya dimana mereka juga mendermakan sebahagian daripada tubuhnya,menurut fatwa' menderma darah adalah dibenarkan syara'.Berusaha untuk membantu seorang muslim bagi membantu menghilangkan penderitaannya dengan menderma sebahagian daripada organ adalah mulia .Hal ini kerana islam tidak membataskan sedekah hanya harta semata-mata tetapi termasuk semua pemberian kita kepada seseorang dengan ikhlas .Tetapi islam melarang memperdagangkan oragan dalaman kita untuk mendapat keuntungan.Saya ingin bertanya kepada pembaca , Berapa harga mata anda?telinga anda?kaki anda?..Semua nikmat ALLAH itu tidak ternilai harganya  dan kita tidak berhak menjualnya.Hargailah nikmat ALLAH yang telah ALLAH berikan kepada kita.
      Namun jika seseorang itu mendermakan organ sehingga memudaratkan dirinya hukumnya tidak boleh, kerana kita ingin menyelamatkan nyawa orang lain namun nyawa kita sendiri yang terancam.Tetapi kita tidak boleh mendermakan organ kita kepada orang kafir harbi yang memerangi orang islam islam.Menurut islam orang yang murtad merupakan orang yang mengkhinati agam islam dan mereka berhak dibunuh.Sedangkan dalam islam mereka boleh dibunuh , inikan kita pula yang mahu membantu mereka untuk hidup.tepuk dada tanya iman!
      Seterusnya seorang muslim menggunakan organ daripada orang kafir.Hal ini kerana organ tubuh tidak ada muslim mahupun kafir , ia hanyalah alat yang digunakan untuk manusia untuk terus hidup , hal ini sama seperti orang islam yang menggunakan rampasan perang untuk memperjuangkan islam.


     .
     

Ahad, 25 Mac 2012

NUSYUZ SUAMI

Assalamualaikum.Kita sering mendengar tentang nusyuz seorang isteri , tetapi seorang suami juga melakukan nusyuz.Jarang sekali kira medengar akan nusyuz seorang seorang suami terhadap isterinya.








     Maksud nusyuz ialah tempat tertinggi.Isteri yang nusyuz adalah seorang isteri yang inkar terhadap suaminya dan membangkitkan kemarahannya.Manakala nusyuz bagi seorang suami adalah seseorang yang tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, bersikap acuh tidak acuh  dan bersikap dingin terhadapnya(Fairuz Al-Abdi:Qamus al-muhit 678)


     Firman ALLAH "Dan jika seorang wanita khuwatir akan nusyuz atau atau sikap tidak acuh dari suaminya , maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya dan perdamaian itu lebih baik walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir.Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu(dari sikap nusyuz),maka sesungguhnya ALLAH maha mengetahui apa yang kamu lakukan".(Surah An-Nisa';128)
   
       Cuba renungkan dan dalami ayat diatas, kita dapat simpulkan bahawa buksn sekadar seorang isteri sahaja yang boleh melakukan nusyuz seorang suami juga tidak terkecuali dalam meneraju rumah tangga.Menurut pendapat beberapa ulama' nusyuz seorang suami terjadi apabila seseorang suami itu melakukan kekerasan terhadap isterinya, tidak menggauli isterinya dan tidak menunaikan hak isterinya.


      Berikut merupakan  ciri2 seorang suami nusyuz yang saya dapatkan dari buku 30 perilaku Durhaka suami terhadap isterinya karangan   Muhammad Thalib  antaranya ialah;
~Gagal atau enggan memberikan nafkah(zahir/batin)
~Gagal menyediakan tempat tinggal yang selamat
~Tidak membayar mahar
~Menyebabkan kemudaratan(memukul isteri tanpa sebab)
~Memperlakukan isteri dengan kasar
~Merosakkan martabat isteri
~Menuduh isteri berzina tanpa saksi


TINDAKAN ISTERI JIKA SEORANG SUAMI NUSYUZ
Hadis Rasullah menyatakan "lelaki yang baik adlah seorang suami yang paling baik terhadap isterinya".Jika seorang suami nusyuz isterinya hendaklah bersabar dan memperingatkannya tentang tanggungjawabnya.Jika lankah ini tidak berjaya isteri berhak membawa kesnya kepada kadi bagi mendapatkan haknya semula.Jika perkara ini juga tidak berjaya kadi berhak menjatuhkan hukuman taazir kepadanya.Penyelesaian terakhir adlah cerai.


Yang baik itu daripada ALLAH yang buruk itu datang dari saya sendiri , andai perkara yang saya tulis ada kesahan mohon perbetulkan saya.wallahualm.
       









Khamis, 22 Mac 2012

LOVE IS CINTA

"Jika bapa2 kamu,anak2  kamu dan saudara-mara kamu yang dan isteri2 kamudan kaum keluarga dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan kamu merosot dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai - (jika semuanya itu menjadi perkara2 yang kamu cintai melebihi daripada ALLAH dan rasullnya (daripada)berjihad untuk agamaNya maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusanNya kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang2 yang fasik."(At-taubah:24)


   Cinta yang paling agung adalah cinta kepada ALLAH , cinta pertngahan adlah cinta terhasil daripada ikatan seseorang yang dikasihinya samaada dengan ikatan akidah atau persaudaraan.Manakala cinta hina  ialah cinta yang berteraskan hawa nafsu semata-mata yang melebihi cinta kepada ALLAH.Sebenarnya dalam konteks islam tidak ada istilah cinta bagi mereka yang belum berkahwin.Cuba anda lihat 3 peringkat cinta yang digariskan adkah islam mengariskan cinta terhadap teman lelaki mahupun teman wanita?tepuk dada, tanya iman.Renung2kanlah
      
       Cintakan bunga akan layu ,
       cintakan manusia akan mati,
       cintakan ALLAH kekal abadi,
       itulah cinta,cinta yang hakiki.




    Rasullah saw bersabda "Sesiapa yang asyik kepada sesuatu lalu cuba yntuk menjauhkannya atau melupakannya lalu menyembunyikannya didalam hatinya , kemudian dia mati, matinya adalah mati syahid".( riwayat hakim khatib,ibni Asakir dan lain2)


      Jatuh cinta itu tidak salah , yang salahnya terlalu asyik bercinta!.Perasaan cinta itu adlah anugerah ALLAH , tetapi kita sebagai hambanya perlu bijak mengawal perasaan tersebut daripada lalai mengingatiNya.Tidak salah jika seseorang itu menyayangi orang yang diminatinya, tetapi kita perlu berusaha untuk mengikisnya ,hal ini kerana jodoh pertemuan di tangan ALLAH , yakin dengan kehendakNya.Hal ini penting bagi mengelkkan perbuatan zina.


"Lelaki penzina tidak layak berkahwin kecuali dengan perempuan penzina ,atau perempuan yang musyrik dan perempuan penzina yang tidak layak dikahwini , kecuali oleh lelaki yang penzina atau lelaki yang musyrik dan demikian itu diharamkan keatas orang-orang yang beriman".(surah AN-NUUR:3)

Selasa, 20 Mac 2012

tudung islam vs fesyen!

Hadis nabi "Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum , maka dia tergolong dalam kalangan kaum tersebut" riwayat Abu Daud


"Akan muncul dalam kalangan umatku yang akan di akhir zaman kaum lelaki yang menunggang yang akan duduk diatas pelana lalu mereka turun didepan pintu2 masjid.Wanita2 mereka(isteri2 dan anak2) mereka berpakaian tetapi telanjang".hadis riwayat ahmad






kenapa disanggulkan rambut?Perkara ini perlu dilihat bedasarkan niat.Sebagai seorang wanita saya mengerti kenapa perlu rambut disanggul tinggi.Hal ini bagi mengelak rambut keluar daripada tudung mahupun untuk keselesaan, tetapi yang menjadi masalah ialah mereka yang sengaja membeli anak tudung yang menyerupai bonggol unta mahupun yang sengaja mahu menyanggul rambut bagi tujuan untuk berfesyen dan menarik perhatian kaum lelaki.Trend masa kini adalah memakai baju "adik", berpakaian tetapi telanjang samalah seperti anda tidak memakai baju terus.Tidak salah untuk berfesyen tetapi dengan syarat perlu mengikut syaraiat islam.Kaum wanita sangat indah , ingatlah seindah2 hiasan adlah wanita solehah, justeru seorang wanita tidak boleh terlalu menonjolkan diri atau sengaja ingin mempamerkan kecantikan kepada kaum lelaki.Dirimu sungguh istimewa simpanlah kecantikanmu hanya untuk suamimu.


Pemakaian tudung yang mennyerupai biarawati kristian.Wahai wanita trend pemakaian tudung sekarang cenderung kepada biarawati kristian.Tepuk dada tanya iman


Hadis nabi "Dua golongan ahli neraka yang tidak akan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya yang digunakan untuk memukul orang lain dan wanita2 yang berpakaian bagaikan telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk bebuat maksiat .Sanaguul dikepala mereka ditusuk tinggi2 seperti bonggol unta yang sangat lemah .Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dari jarak demikian ."riwayat muslim

Selasa, 13 Mac 2012

MUSLIMAH ACUAN AL-QURAN

Asslamualaikum.
Wahai sahabat sekalian , saya ingin bercerita.Ambillah pengajaran dari kisah ini.


         Terdapat 3 jenis cincin.Cincin berlian , cincin emas dan cincin tembaga.Cincin tembaga letaknya di pasar pagi , pasar malam dan kedai-kedai biasa.Pengunjung boleh mencubanya dengan sesuka hati .Selain itu ada juga yang dijaul ditepi jalan ,cincin tersebut tidak mustahil akan  terpalit debu .Tidak ramai orang yang menghargai cincin tersebut .
           Cincin emas.Cantik!.Letaknya didalam bekas kaca.Dipamerkan kepada pengunjung.Tidak ramai pengunjung yang mendekatinya melainkan yang betul-betul ingin membelinya.Harganya pastilah lebih mahal dari cincin tembaga.
            Cincin berlian.Sangat menakjubkan ciptaan ALLAH!.Letaknya ditempat yang tersorok.Dipakai di dalam majlis yang tertentu.Orang lain tidak mampu menyentuhnya melainkan pemiliknya.
           Bedasarkan kisah diatas ,simboliknya cicin tembaga itu adalah wanita yang sengaja mambenarkan dirinya disentuh oleh mana-mana ajnabinya sesuka hatinya.Setelah madu disedut hampas dibuang.
          Manakala cincin emas adalah wanita yang mendedahkan auratnnya seperti cincin emas yang dipamerkan didalam bekas kaca.Tidak boleh disentuh tetapi boleh dilihat auratnya . Wanita wajib menutup auratnya dengan ajnabi , seluruh tubuhnya melainkan muka dan kedua tapak tangan.
         Cincin berlian!.Cantik dimata dan cantik untuk dipakai.Hrganya sangat mahal.Simboliknya wanita solehah adalah wanita yang menjaga auratnya dari ajnabi dan menepati semua ciri-ciri yang telah saya kemukakan dibawah.Hanya lelaki yang memiliknya yang berhak sepenuhnya keatas wanita tersebut. Jagalah maruahmu wahai wanita. Jangan mudah tertipu dengan keindahan dunia.Kita hidup didunia ini hanya sebagai seorang pengombara yang mengumpul bekalan  untuk meneruskan perjalanan di akhirat nanti




CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH
1)Mentauhidkan ALLAH tanpa menyekutukanNYA walau dengan apapun
2)Tunduk akan perintah ALLAH , memperbanyakkan ibadah 
3)Sentiasa bertaubat kepada ALLAH , lisannya sentiasa mengenai kebesaran ALLAH semata2
4)Mentaati suami dalam perkara yang tidak bercanggah dengan syarak
5)Menutup aurat
6)Tidak bersama lelaki yang bukan mahramnya
7)Sentiasa bersedekah dalam keadaan yang susah mahupun yang senang
8)Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
9)Mereka yang sentiasa bersyukur dan bersabar dalam menghadapi rintangan
10)Sentiasa mengingati ALLAH seperti mempertingkatkan amal ibadahnya
11)Mereka yang cuba memahami dan menghayati al-quran dan maksudnya
12)Mereka yang tidak meninggalkan solat 5 waktu melainkan uzur
13)Mereka yang mentaati kedua ibu bapanya




Wahai wanita bersyukurlah kita, kita merupakan ciptaan ALLAH yang istimewa.Jagalah maruahmu dari dicemari oleh kotoran yang mampu membinasakanmu kelak.Ingatlah wahai wanita , golongan yang ramai dineraka adalah wanita.Seindah-indah ciptaan adalah wanita solehah.Seorang wanita solehah bersamaan dengan seribu lelaki yang soleh.


Dari Abdullah Ibnu Amru , Rasulullah bersabda "Dunia ini adalah harta sebaik-baik harta adlah wanita soleha", riwayat Muslim


Yang baik itu dari ALLAH yang buruk itu datang dari saya.Betulkan saya andai ada kesalahan.









Sabtu, 10 Mac 2012

TALHAH BIN UBAIDILLAH(PAHLAWAN PERANG UHUD)

TALHAH BIN UBAIDILLAH


       Sebelum memeluk agama islam Talhah telah bertemu dengan seorang pendeta di Kota Busrah.Pendeta itu menyatakan bahawa seorang lelaki yang soleh akan diangkat menjadi nabi.Talhah menemui Abu Bakar dan menceritakan akan hal tersebut.


       Setelah Muhammad SAW menjadi rasul ia telah menyatakan keislamnnya dihadapan rasulullah SAW .Talhah sentiasa menyertai semua peperangan kecuali perang Badar.Ketika itu rasulullah mengutusnya bersama Sa'id bin Zaid  untuk keluar Madinah.Dia sangat berduka kerana tidak dapat menyertai perang Badar .Ketika perang Uhud Talhah bertekat untuk menyertainya , dia gigih melindungi rasulullah SAW walaupun dirinya tercedara dengan 70 luka.


      Beliau mendapat gelaran "Pahlawan Uhud" dari baginda.Pada setiap pertempuran pasti beliau akan berada di barisan hadapan .Beliau mencari keredhaan ALLAH , beliau juga merupakan seorang dermawan.Pada akhir hayatnya ,Talhah syahid di jalan ALLAH.

PERANG TABUK(9H)

berikut adalah secara ringkas mengenai perang tabuk


PERANG TABUK(perang terakhir)




        Perang ini berlaku ketika keadaan sanagt sulit.Perang tabuk terjadi kerana  orang2 Nasrani yang tinggal di negeri syam risau apabila melihatkan kekuatan kaum mulimin.Ketika itu kaum muslimin berjaya menakluk pemikiran  bangsa arab bahkan ramai dari kalangan orang arab menyertai pasukan muslim.Orang Nasrani risau andai kaum muslim akan menyerang mereka dan merampas hak mereka.Oleh itu mereka menyiapkan 70000 bala tentera dan dilengkapi alatan perang bagi menentang kaum muslimin Madinah.
         
      Nabi Muhammad mengetahui akan rancangan tersebut lalu meminta sahabat untuk berjihad dengan mengorbankan harta dan jiwa mereka.Sementara  itu kaum muslimin berehat sejenak setelah dari peperangan setelah berjaya menakluki Jazirah arab dan kaum yahudi.Keadaan bertambah parah apabila keadaan cuaca bertambah teruk serta kesulitan untuk mendapatkan senjata.
         
      Majoriti kaum muslimin menyambut seruan ALLAH untuk berjuang di medan perang sedangka kaum munafik meremeh2kan seruan tersebut.Jumlah kaum muslimin yang menyambut seruan itu mencecah 30000 atau 40000 orang .Setelah itu baginda mengetuai kaum muslimin meneju ke negeri Syam hingga tiba di sebuah perkampungan bernama Tabuk.Tentera Rom telah sudah bersiap sedia di sana.ALLAH meniukan rasa gentar dan takut dihati musuh saat mendengar alunan takbir , berkat mukjizat Nabi Muhammad SAW  musuh meninggal medan perang dan kaum muslimin merampas harta rampasan perang yang ditinggalkan.ALLAH Maha Besar.


Andai salah sila betulkan.wallahualm













Jumaat, 9 Mac 2012

TANDA-TANDA MATI

MAN ALWAYS FORGET IT

TANDA 100 HARI


      Lazimnya berlakuselepas  waktu asar,dari hujung rambut hingga hujung kai seolah-olah mengigil.Kebiasaanya tanda ini hilang setelah kita menyedari nya namun bagi mereka yang hanyut dengan nikmat dunia tanda ini tidak akan disedari dan hilang begitu sahaja.Bagi mereka yang menyedari akan tanda ini , masanya akan dimanfaatkan untuk melakukan amal ibadah sebelum ajal tiba.




TANDA 40 HARI


      Tanda ini juga berlaku setelah asar.Bahagian bwh pusat seakan berdenyut-denyut, pada ketika ini nama kita akan gugur dari arasy ALLAH SWT.Nama kita akan diambil oleh malaikat maut dan dia akan sentiasa mengikuti kita kemana sahaja kita akan pergi.Bagi mereka yang terpilih malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sekilas,mereka akan bingung dengan kejadian tersebut.


TANDA 7 HARI


      Adapun tanda ini hanya akan diberikan kepada orang yang ditimpa musibah , seperti orang yang sakit berselera untuk makan




TANDA  3 HARI


       Terasa denyutan diantara dahi kanan dan dahi kiri.Jika tanda ini dikesan berpuasalah kita agar memudahkan orang yang akan  menguruskan jenazah kita ini(mengurangkan najis).Ketika ini mata hitam tidak akan bersinar,majah menjadi tidak bermaya.


TANDA AKHIR


       Satu keadaan dimana kita akan merasakan terlalu sejuk dari bahagian hujung kaki sehingga ke halkum.Ketika ini ucapkanlah kalimah syahadah dan menanti dengan tenang untuk nyawa kita dicabut.DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali.








MATI(10 TANDA HATI MATI)

Man Always forgeT It (MATI)


10 TANDA HATI MATI


Menurut Sheikh Ibrahim Adham


1)Mengaku beriman kepada ALLAH tetapi tidak menunaikan hak2Nya


2)Mengaku cinta kepada Rasulullah SAW tetapi mengabaikan sunnahnya


3)Membaca alquran tetapi tidak beramal dengannya


4)Tidak bersyukur dengan nikmatNya


5)Mengaku syaitan itu tetapi tidak berjuang menentangnya


6)Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beriman mendapatkannya


7)Mengaku adanya neraka tetapi tidak berusaha menjauhinya


8)Mengaku kematian pasti tiba tetapi tidak bersedia untuknya


9)Menyibukkan diri dengakeaiban orang tetapi keaiban sendiri tidak terjaga


10)Menguburkan jenazah saudara islam tetapi tidak mengambil pengajaran darinya



RINGKASAN HIDUP IMAM AL-MAHDI

       AL-MAHDI


 Kemunculan dan keluarnya imam al-mahdi dari riwayat yang sahih dan dipercayai adalah dari timur(khurasan).


         Tsauban berkata "Rasulullah SAW bersabda ,"Jika kalian telah melihat bendera hitam dari khurasan datanglah kepadanya walaupun dalam keadaan merangkak diatas salji kerana disana ada khalifah ALLAH al-mahdi."


       Setelah di baiah menjadi khalifah semua penduduk dilangit dan dibumi redha kepadanya.Pada ketika itu manusia rindukan keadilan kerana dunia dipenuhi dengan kezaliman.Ketika pemerintahan al-mahdi bumi penuh dengan kemewahan , beliau memerintah selam 7 hingga 8 tahun.


      Abu Said Al Khudri berkata "Rasulullah bersabda ;Al -Mahdi akan keluar pada akhir umatku .Allah akan menurunkan hujan untuknya dan bumi akan mengeluarkan segala kekayaanya .Harta dibahagi secara adil ,ternakan membiak dengan baik , umat manusia bertambah ramai , dia hidup selama tujuh atau lapan tahun".


       Dari pelbagai hadith  yang telah menceritakan tentang kehidupan setelah kemunculan al-mahdi.Kesimpulan yang dapat dibuat dia masuk ke Baitullah untuk mencari perlindungan .Terdapat pasukan daripada syam yang sengaja mengikutinya setelah mengetahui bahawa orang2 berbaiah kepada al-mahdi.Mereka ingin membinasakannya.Tetapi ketika tiba diantara lembah Makkah dan Madinah ALLAH telah membenamkan mereka dan meninggalkan sebahagian daripada mereka untuk menceritakan perkara yang berlaku.


      Berdasarkan peristiwa diatas , kesimpulan yang dapat dilakukan ialah Al-Mahdi adalah khalifah yang berasal daripada seorang pendatang atau pemerintah ketika itu .Seteklah khalifah mennggal dunia dia keluar menuju ke Makkah untuk mencari perlindungan .


     Banyak manusia yang berbaiah kepadanya di kaabah sebagai khalifah dan mereka akan bebas dari khalifah yang berkuasa ketika itu kerana kezaliman ketika pemerintahannya.Senua sudah maklum bahawa kemunculan imam al-mahdi akan membawa kepada keadlilan , pemrintah Syam mengirimkan pasukan untuk membunuhnya.Namun ALLAH menenggelamkan mereka di lembah antara Makkah dan Madinah.


      Isa bin Maryam a.s turun ketika pemerintahan imam al-mahdi .Merka bekerjasama membunuh Dajjal.Setelah al-Mahdi meninggal Isa a.s berkuasa.


      





Khamis, 8 Mac 2012

BIOGRAFI IMAM AL-MAHDI

TANDA BESAR KIAMAT TURUNNYA IMAM AL-MAHDI 


Menurut Al- Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab Al-Qaulul Mukhtashar fi Alamati Al-mahdi Al-Muntazhar , dia berkata , "Dlam kehidupannya dia  mengamalkan sunnah nabi SAW .Dia tidak membangunkan orang dari tidur , tidak menyebabkan pertumpahan darah , berperang mengikut sunnah , menegakkan sunnah dan menghapuskan segala bidaah.


    Dia menegakkan agama pada akhir zaman seperti yang dilakukan oleh nabi SAW. Dia menguasai dunuia seperti Zulqarnaian dan Sulaiman a.s.Dia telah memusnahakan salib , membunuh babi serta  mengembalikan kemuliaan dan kenikmatan kepada kaum muslimin.Dia telah memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kebajikan yang sebelum ini dipenuhi dengan kezaliman ,harta bendanya melimpah ruah sehingga tidak terhitung nilainya da dibhagikan secara tepat dan saksama .


    Ibnu Hjar berkata , "pada masa al-mahdi , semua umat yang baik dan soleh mahupun terkejut merasakan kenikmatan yang tidak pernah dirasai sebelum ini . Hujan turun dari langit tanpa apapun yang menahannya walaupun setitis dan segala jenis buah-buahanj dikeluarkan dari bumi,\.Dia memimpin peperanagn demi peperangan sehingga kekayaan melimpah ruah .Malah semua kota dari timur hingga barat berjaya ditaklukinya..


           Raja- raja  India diserahkan kepada Al-Mahdi  dalam keadaan terpaksa dan simpanan mereka dijadikan hiasan di Baitul Maqdis .Manusia datang kepadanya seperti lebah mengerumi sarangnya.Pada zamannya, serigala digembalakan di satu tempat .Bayi bermain bersam ular dan kala jengking . Ini tidak membahayakan mereka sama sekali .Satu jenis tanaman ditanam , tumbuh tujuh jenis tanaman . Selain itu tidak ada riba , zina ataupun minuman keras .Malah umur menjadi lebih panjang , amanah ditunaikan dan dan kejahatan dihapuskan . Tidak ada seorang pun yang membenci keluarga nabi Muhammad SAW dan beliau menjadi insan yang paling disayangi  di antara makhluk . ALLAH telah memadamkan api fitnah dan mengamankan bumi dengan kehadirannya sehingga lima orang wanita menunaikan ibadah haji tanpa ditemani lelaki.







Jumaat, 2 Mac 2012

AD-DABAH(TANDA BESAR KIAMAT)

   KELUARNYA AD-DABAH(BINATANG MERAYAP ) dari SYAIKH MAHIR AHMAD ASH-SHUFI

SURAH AL-NAML:82
"Dan apabila perkataan telah jatuh keatas mereka , Kami keluarkan spesies binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka , bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat2 kami"

        Terbitnya matahari dari sebelah barat da leluarnya Ad-Dabah merupakan 2 tanda yang serentak.Pada ketika matahari terbit dahulu sebelum keluarnya binatang merayap  keimanan sudah tidak bermanfaat lagi bagi orang yang tidak beriman sebelumnya.Kemudian binatang yang merayap akan keluar untuk memberi tanda kepada orang yang beriman dengan keimanannya dan kafir bagi orang yang kafir.Hikmah dari perkara tersebut adalah untuk memisahkan antara orang yang beriman dengan orang yang kafir sebagai penyempurnaan maksud pintu taubat itu tertutup.

~CIRI-CIRI

         Menurut Ibn Abbas , binatang ini mempunyai bulu yang banyak yang mana bulu yang mana bulu pada kepalanya berwarna-warni.Setiap warna mempunyai empat garis warna .Secara terperinci ia mempunyai semua warna jenis binatang serta mempunyai setiap keistimewaan umat iaitu bijak berbicara dalam bahasa mereka.Binatang ini mempunyai bonggol yang panjang di mana ia dapat dilihat oleh sesiapa yang berada dibumi antara timur dan barat , manakala wajahnya menyerupai wajah manusia , paruhnya seperti paruh burung dan mempunyai banyak bulu yang tumbuh dikepalanya.

         Menurut Huzaifah Bin Yaman , binatang ini bersinar , mempunyai  banyak bulu termasuk bulu dikepalanya .Barangsiapa yang hendak mencarinya sudah pasti tidak akan menjumpainya , barangsiapa yang hendak lari darinya sudah pasti tidak akan mampu berbuat demikian .

      Menurut Abu Hurairah di badannya terdapat semua warna manakala diantara kedua tanduknya terdapat tempat yang luas untuk ditunggangi.

        Menurut Ibnu Zubair tanduknya menyerupai tanduki rusa ,bonggolnya seperti bonggol unta , dadanya seperti dada singa , warnanya seperti warna harimau , perawakannya seperti perawakan unta serta jarak antara  dua tulang rusuknya  adlah 12 hasta.

         Secara ringkasnya ia adalah binatang yang istimewa yang diciptakan oleh ALLAH SWT , untuk melaksanakan tugas yang khusus.Tidak ada sesiapapun yang mampu mengelak dari binatang tersebut bagi melaksanakan tugasnya.


~TUGAS 

             Binatang tersebut mampu berbicara kepada manusia , meletakkan cop serta mencela kekafiran , kemaksiatan , kefasikan , dan kesesatan mereka .Dengan itu orang kafir tidak akan terlepas darinya.Ini merupakan seksaan orang kafir didunia sebelum menempuh alam akhirat, hal ini kerana cop pada keningnya menunjukkan kehinaannya.Sifat ini telah menjadi sifat yang tetap kerana pintu taubat sudah pun tertutup buatnya.

         FIRMAN ALLAH(SURAH AL-NAML:82)
"Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia , maka kami keluarkan sejenis binatang daripada bumi , yang akan menyatakan kepada mereka bahawa manusia telah tidak menyakini ayat2 keterangan dan pengajaran daripada kami."

Manusia yang semakin fasik, dan ALLAH mengeluarkan al-dabah untuk berbicara kepada manusia  bahawa mereka adlah kaum yang sesat serta meletakkan cop pada wajah mereka melamhbangkan kekafiran.