Halaman

Jumaat, 9 Mac 2012

RINGKASAN HIDUP IMAM AL-MAHDI

       AL-MAHDI


 Kemunculan dan keluarnya imam al-mahdi dari riwayat yang sahih dan dipercayai adalah dari timur(khurasan).


         Tsauban berkata "Rasulullah SAW bersabda ,"Jika kalian telah melihat bendera hitam dari khurasan datanglah kepadanya walaupun dalam keadaan merangkak diatas salji kerana disana ada khalifah ALLAH al-mahdi."


       Setelah di baiah menjadi khalifah semua penduduk dilangit dan dibumi redha kepadanya.Pada ketika itu manusia rindukan keadilan kerana dunia dipenuhi dengan kezaliman.Ketika pemerintahan al-mahdi bumi penuh dengan kemewahan , beliau memerintah selam 7 hingga 8 tahun.


      Abu Said Al Khudri berkata "Rasulullah bersabda ;Al -Mahdi akan keluar pada akhir umatku .Allah akan menurunkan hujan untuknya dan bumi akan mengeluarkan segala kekayaanya .Harta dibahagi secara adil ,ternakan membiak dengan baik , umat manusia bertambah ramai , dia hidup selama tujuh atau lapan tahun".


       Dari pelbagai hadith  yang telah menceritakan tentang kehidupan setelah kemunculan al-mahdi.Kesimpulan yang dapat dibuat dia masuk ke Baitullah untuk mencari perlindungan .Terdapat pasukan daripada syam yang sengaja mengikutinya setelah mengetahui bahawa orang2 berbaiah kepada al-mahdi.Mereka ingin membinasakannya.Tetapi ketika tiba diantara lembah Makkah dan Madinah ALLAH telah membenamkan mereka dan meninggalkan sebahagian daripada mereka untuk menceritakan perkara yang berlaku.


      Berdasarkan peristiwa diatas , kesimpulan yang dapat dilakukan ialah Al-Mahdi adalah khalifah yang berasal daripada seorang pendatang atau pemerintah ketika itu .Seteklah khalifah mennggal dunia dia keluar menuju ke Makkah untuk mencari perlindungan .


     Banyak manusia yang berbaiah kepadanya di kaabah sebagai khalifah dan mereka akan bebas dari khalifah yang berkuasa ketika itu kerana kezaliman ketika pemerintahannya.Senua sudah maklum bahawa kemunculan imam al-mahdi akan membawa kepada keadlilan , pemrintah Syam mengirimkan pasukan untuk membunuhnya.Namun ALLAH menenggelamkan mereka di lembah antara Makkah dan Madinah.


      Isa bin Maryam a.s turun ketika pemerintahan imam al-mahdi .Merka bekerjasama membunuh Dajjal.Setelah al-Mahdi meninggal Isa a.s berkuasa.


      





Tiada ulasan: