Halaman

Selasa, 28 Februari 2012

HUKUM MEMAKAI GELANG ,RANTAI,&CINCIN BAGI LELAKI

Menurut ustaz Mohamad Faizal Bin Ahmat


Bagi pemakaian cicin


Memakai cincin merupakan salah satu sunnah rasullullah SAW.Bedasarkan hadith Anas bin Malek ;
"Adalah cincin nabi Muhammmad SAW  di pakai pada tangan ini(dan dia menunjukkan jari kelinng jarinya)" Hadith riwayat muslim. Disamping itu Ali bin Abi Talib berkata "Rasulullah SAW  telah melarang saya memakai cicin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya(jari tengah atau jari hantu)",(Hadith riwayat MuslimAbu Daud At Tirmizi dan An-Nasai) 


Bagi pemakaian gelang tangan pula


Bahawa rasullullah SAW telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang diperbuat daripada tembaga , maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut "apakah bendanya ini?"Lelaki itu berkata " ia adalah gelang perubatan".Rasullullah bersabda " Sesungguhnya benda itu tidak membawa apa2 sebarang kebaikan (walaupun untuk tujuan perubatan) buangkannya dari diri anda, jika anda mati dan benda itu  ada pada anda ,maka anda tidak akan berjaya untuk selama-lamanya "(Sahih riwayat Imam Ahmad)




Bagi pemakaian rantai


Menurut Islam pemakaian rantai merupakan perhiasan bagi wanita sahaja.Tidak kira samaada rantai itu emas mahupun tembaga , haram bagi lelaki untuk menyerupai wanita dari segi alat perhiasan ataupun pemakaiannya .Amat berat kesalahan jika tujuan pemakaiannya betujuan untuk meniru agama , anutan , ajaran agama lain , maka hukumnnya haram , bersandarkan sebuah hadis ;
 "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan ." (Riwayat Abu Daud)








Isnin, 27 Februari 2012

KELALAIAN SOLAT (BERKAITAN SOLAT)

1)TIDAK MENGERJAKAN SOLAT 5 WAKTU
        Sebahagian umat islam , semoga  ALLAH mengampuninya , tidak mengerjakan solat 5 waktu .Ada yang kerana malas , sibuk dan banyak lagi alasan.Ingat ALLAH da bagi setiap seorang masa 24 jam.Orang lain boleh uruskan masa  dengan baik mengapa tidak kita?
Semua orang islam wajib mengerjakan solat 5 waktu , tidak kira apapun keadaan .

2)BERGURAU KETIKA SOLAT
          Tekadang kita menjumpai  sebahagian anak muda bergurau sesama mereka .Perbuatan ini harus ditinggalkan .Ketika solat kita harus tenang dan menghayati bacaannya.Apabila  mula solat kita tidak boleh melakukanperkara lain selain solat.

3)SOLAT DENGAN TERGESA-GESA
         Sebahagian kita tergesa-gesa dalam melakukan solat kerana ada urusan atau kepentingan selepas solat.Seperti menonton rancangan mempunyai janji dengan seseorang dan sebagainya.Kita perlu fokus dalam solat untuk khusyuk.

4)BERJALAN DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
         Perbuatan orang yang berjalan dihadapan orang yang sedang solat merupakan satu kelalaian.Hendaklah orang yang ingin lalu dihadapan orang yang sedang solat ,  dia perlu menunggu orang sedang sola itu selesai dari solat ataupun menggunakan laluan lain.

5)MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT TANPA ALASAN
        Kelalaian yang sering sebahagian orang yang seting lakukan ialah melengah-lengahkan solat . Perbuatan tersebut perlu ditinggalkan , kerana seseorang tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba.Apabila ia meninggal dunia dunia dan belum menunaikan solat sedangkan sudah masuk waktunya , ia dikira berdosa kerana meninggalkan solat.


6)MENGATUP BIBIR DAN TIDAK MENGGERAKKAN LIDAH KETIKA SOLAT.
           sunnah nabi menggerakkan bibirnya ketika solat dan membaca doa.


7)ORANG YANG SAKIT TIDAK SOLAT SEHINGGA SEMBUH
           Banyak orang yang sakit tidak mengerjakan solat sehingga sembuh.Mereka beralasan tidak mampu untuk melakukan gerakan solat .Sedangkan islam sudah meringankan cara solat bagi orang yang sakit.Jika tidak mampu berdiri duduk, jika tidak mampu duduk baring , jika tidak mampu gunakan isyarat mata , jika tidak mampu solatlah dengan hati dengan membayangkan gerakan solat.Sesungguhnya islam tidak membebankan umatnya.


8)SENGAJA BERSENDAWA DALAM SOLAT
    Sebahagian orang bersendawa dalam solat dan menegeluarkan bau yang tidak enak dari mulutnya.Bau mulutnya boleh menggangu jemaah lain.Rasulullah SAW melarang seseorang bersendawa dalam solatnya denagn bersabda , "Jauhkanlah dari kami sendawamu"(hadis riwayat Tirmizi ibnu majah dari ibnu umar)



Ahad, 26 Februari 2012

13 aurat wanita




1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulahmelaknat perempuan yang mencukur ataumenipiskan bulu kening atau memintasupaya dicukurkan bulu kening - Petikan dariHadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng -Dan janganlah mereka (perempuan)membentakkan kaki (atau mengangkatnya)agar diketahui perhiasan yang merekasembunyikan - Petikan dari Surah An-NurAyat 31. Keterangan : Menampakkan kaki danmenghayunkan/ melenggokkan badanmengikut hentakan kaki terutamanya padamereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah….


3. Wangian - Siapa sahaja wanita yangmemakai wangi-wangian kemudian melewatisuatu kaum supaya mereka itu menciumbaunya, maka wanita itu telah dianggapmelakukan zina dan tiap-tiap mata adazinanya terutamanya hidung yangberserombong kapal kata orang sekaranghidong belang - Petikan dari Hadis RiwayatNasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban


.4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan)melabuhkan kain tudung hingga menutupibahagian hadapan dada-dada mereka -Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuanyang mengikir gigi atau meminta supayadikikirkan giginya - Petikan dari Hadis RiwayatAt-Thabrani, Dilaknat perempuan yangmenjarangkan giginya supaya menjadicantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikandari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu(perempuan) di rumah kamu dan janganlahkamu menampakkan perhiasan mu sepertiorang jahilliah yang dahulu. Keterangan :Bersolek (make-up) dan menurut Maqatilsengaja membiarkan ikatan tudung yangmenampakkan leher seperti orang Jahilliyah

.7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakartelah menemui Rasullulah dengan memakaipakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: WahaiAsma! Sesungguhnya seorang gadis yangtelah berhaid tidak boleh baginyamenzahirkan anggota badan kecu alipergelangan tangan dan wajah saja - Petikandari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yangditusuk dengan besi itu lebih baik daripadamenyentuh kaum yang bukan sejenis yangtidak halal baginya - Petikan dari HadisRiwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuanmukmin hendaklah mereka menundukkansebahagian dari pemandangannya - Petikandari Surah An Nur Ayat 31.Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampaipandangan yang satu mengikuti pandanganlainnya. Kamu hanya boleh pandangan yangpertama sahaja manakala pandanganseterusnya tidak dibenarkan hukumnyaharam - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicarasehingga berkeinginan orang yang adaperasaan serong dalam hatinya, tetapiucapkanlah perkataan-perkataan yang baik -Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakandengan yang lain, iaitu kepala merekadilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) danpenyanyi perempuan, maka Allah akantenggelamkan mereka itu dalam bumi -Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepadaperempuan-perempuan mukmin, hendaklahmereka menundukkan pandangan merekadan menjaga kehormatan mereka - Petikandari Surah An Nur Ayat 31.Apabila seorang perempuan itu solat limawaktu, puasa di bulan Ramadan, menjagakehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam Syurga daripadapintu-pintu yang ia kehendakinya - HadisRiwayat Riwayat Al Bazzar.Tiada seorang perempuanpun yangmembuka pakaiannya bukan di rumahsuaminya, melainkan dia telahmembinasakan tabir antaranya dengan Allah- Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, AbuDaud dan Ibn Majah.


12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaianyang berlebih-lebihan terutama yangmenjolok mata , maka Allah akanmemberikan pakaian kehinaan di hari akhiratnanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepadaisteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah merekamemakai baju jilbab (baju labuh dan longgar)yang demikian itu supaya mereka mudahdiken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu.Allah maha pengampun lagi mahapenyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialahperempuan-perempuan yang berpakaiantetapi telanjang yang condong pada maksiatdan menarik orang lain untuk melakukanmaksiat. Mereka tidak akan masuk Syurgadan tidak akan mencium baunya - Petikandari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapunperempuan-perempuan yang akan digantungrambutnya hingga mendidih otaknya dalamNeraka adalah mereka itu di dunia tidak mahumenutup rambutnya daripada dilihat olehlelaki yang bukan mahramnya - Petikan dariHadis Riwayat Bukhari dan Muslim.Jadi kita sbg muslimah jgn amik mudah dgnsemua ni, apa yg ALLAH suruh, makawajiblah kita penuhi, jgn amik remeh sj..Krnsemestinya apa yg Allah perintahknterkandung hikmah yg terbaik, terutamanyabuat kita sbg perhiasan dunia..kalau nak jadiperhiasan syurga, penuhilah apa yg Allahperintahkan di dunia ini, insyaAllah..Semoga kita semua dpt jd wanita solehah,ameen.. Doakan ana juga istiqamah dlmmenutup aurat, krn bila2 ms sj kita blh diujidgn pesona duniawi, takut2 hati kita aknberubah satu hari nnti mana tahu kn,nauzubillah..Jd bykkn doa, moga dimantapkn& ditetapkn iman dalam diri kita, insyaAllah..Jd, ana harap post kali ni dpt bg peringtanbuat kita semua, insyaAllah..Wallualam bissowap..

jom solat




solat itu tiang agama.solatlah anda sebelumanda disolatkan

Sabtu, 25 Februari 2012

kelalaian dalam solat(Pengurusan masjid)

BEBERAPA KELALAIAN DALAM PENGURUSAN MASJID
1)Takmir masjid tidak memberi jadual khutbah terhadap orang yang tidak sefahaman dengannya.
        Kelalalaian yang kadang kala dilakukan oleh takmir masjid ialah tidak memberi kesempatan kepada orang yang tidak sefahaman dengannya untuk mengajar ilmunya di masjid sedangkan semua orang yang berilmu mempunyai hak untuk menyampaikan ilmu yang dimilikinya..Rasulullah SAW melarang umatnya yang bersikap fanatik dalam sabdanya yang bermaksud "Bukan termasuk golonganku orang yang mengajak kepada kefanatikan "(hadis riwayat Abu Daud dari Jubair bin Mut'im)


2)Menjadikan tempat imam lebih tinggi dar tempat makmum
         Mungkin anda pernah melihat tempat solat imam lebih tinggi dari tempat solat makmum, sebenarnya perbuatan itu tidak disyariatkan dalam islam..Tempat solat imam adlah sama dengan tempat solat makmum tetapi dibenarkan tempat solat imam ditinggikan andai imam bertujuan untuk mengajar makmum untuk solat.


3)Tidak mengerjakan solat sunat tahhiyyatul masjid
         Seperti kita tahu masjid adlah rumah ALLAH .Kita perlu menghormati masjid dengan melakukan solat sunat tahiyyatul masjid 


4)Bersenda gurau didalam masjid 
          Ketika berada didalam masjid , kita diperintahkan untuk duduk dengan tenang  dan membaca  ALQURAN mahupun berzikir .Kita tidak boleh bersenda gurau kerana khuatir akan mengganggu orang yang sedang solat.


5)Meludah didalam masjid
           Perbuatan tersebut sangat tidak beretika .Kita sebagai seorang islam perlulah menjaga kebersihan sesuai dengan tuntutan agama islam itu sendiri.


6)Membicarakan urusan dunia yang tidak sesuai dibicarakan didalam masjid 
           Antara urusan dunia yang saya maksud kan ialah seperti mengumpat , fitnah dan sebagainya.Ada sesetengah perkara diharuskan seperti perkara yang berkaitan pembelajaran , ilmu2 yang boleh mengajak orang untuk selalu ingat ALLAH juga boleh dibincangkan.


7)Berbicara dengankuat didalam masjid
              segelintir orang sering berbicara dengan kuat didalam masjid malahan ada yang sampai berteriak2 ketika berbicara didalam masjid.Perbutan seperti ini tidak sepatutnya dilakukan didalam masjid malahan perkara yang dibincangkan juga tidak sesuai untuk dibicarakan didalam masjid.Seharusnya kita perlu tenang ketika didalam masjid dan menjaga tatasusila kita.


8)Membaca alquran dengan suara yang keras
            Sebaiknya membaca alquran dengan suara yang rendah kerana boleh menggangu orang yang sedang solat.Apabila alquran tidak dibenarkan dibaca dengan nada yang tinggi bagaimana dengan bacaan yang lain??? Tepuk dada tanya iman.

hukum couple

assalamualaikum...seperti yang saya jnjikan sebelum ney saya akan update sal COUPLE.
Menurut ustazah  shahidah sheikh ahmad....Pada asasnya hukum bercouple itu adalah  HARUS.Ilam adalah agam yang pentingkan persaudaraan dan berkasih sayang.Namun terdapat beberapa tindakan yang menjadikannya HARAM.islam menetpkan syarat tertentu bagi perhubungan ajnabi.

1)MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK

             Niaitu mestilah berterusan niat yang baik iaitu untuk pernikahan  ..bukan untuk bersukaria seperti menurut hawa nafsu , membalas dendam dan lain-lain.

2)HENDAKLAH MEMATUHI SYARIAT
            
             Maksudnya perlulah menjaga batas2 dalam pergaulan . Lumrah lah andai bercouple , tal lari dari berdating , bershopping , bercakap dan bermacam2 lagilah.Mesti menggunakan perkataan syang , abiey , abang , baby , papa , mama & lain2.Paling tidak pun andai mesti berbicara perkara yang tidak sepatutnya.

Justeru sesuatu yang membawa kearah perkara haram, maka haramlah perkara tersebut. Disebabkan perkara inilah ada pendapat yang menyatakan couple itu haram

3) WAJIB MENJAGA MARUAH SEORANG WANITA
        
         Syariat islam adalah  untuk menjaga maruah seorang wanita.Wanita sendiri itu adalah indah .Ingatlah wahai wanita SEINDAH2 HIASAN ADLAH WANITA SOLEHAH..Wanita jagalah kehormatan anda .
Apabila seseorang wanita itu berdating , kesucian akhlaknya akan diragui.Masyarakat tidak akan mempersoalkan si lelaki tersebut tetapi masyarakat akan mempersoalkan akan akhlak wanita tersebut.Mana mungkin wanita yang baik akhlaknya akan merelai sang lelaki mempermainkan dirinya ibarat barang yang tidak berharga.Maka banyak tanggapan negatif akan timbul akibat perbutan tersebut.Akhirnya banyak berlaku tohmahan terhadap seseorang wanita yang akan menjatuhkan maruahnya.Ingatlah bahawa islam amat menjaga maruah seorang wanita.

4)PERHUBUNGAN ITU TIDAK AKAN MEMBAWA KEPADA PEMBAZIRAN WANG DAN WAKTU

         Didalam bercouple kebiasaanya remja tidak akan berkira apabila berkaiatan dengan wang.Sang lelaki tidak kekok untuk belanja "aweknya".Sang perempun tidak kisah membelikan "pakwenya" hadiah.Bukankah ini akan menyebabkan pembaziran.Sebagai contoh pelajar IPTA & IPTS yang menerima pinjaman dari PTPTN , MARA ,mahupun biasiswa mahupun duit ibu bapa mereka sendiri mereka akan menggunakan wang tersebut untuk teman mereka.Tidak kurang juga bagi yang bekerja sambilan yang sanggup menghabiskan masa mereka untuk bekerja bagi mengumpul wang untuk membawa teman mereka keluar.Ingatlah perbuatan membazirkan harta adalah amalan syaitan.
       Begitu juga dengan soal waktu , banyak masa yangterbuang semata2 untuk berjumpa teman sperti tengok wayang dan lain2.Bukankah berdating , keluar bersama2&lain2 bukan anjuran islam! Maka melakukan perbutan yang mendekati zina adalah haram.


JAIHILAH PERBUATAN YANG AKAN MENJERUMUSKAN KEARAH ZINA . Jagalah batas pergaulan anda.Hidup kita ini diibaratka sebagai seorang perantau.Kiata tidak tahu bila ajal akan menjemput kita semua. Islam bukanlah menyekat pergaulan antara lelaki dan perempuan , jika pertemuan antara lelaki dan perempuan untuk berkaitan perbincangan mahupun perkara yang dibenarkan syarak perkara itu dibenarkan.Ianya dibenarkan dengan beberapa syarat.
Antaranya ditemani oleh mahram bagi wanita , menutup aurat , perkara ini penting untuk mendapat keredhaan ALLAH .Saya akui memang susah untuk mematuhinya tapi kita perlu ingat jalan untuk mendapat  keredhaan ALLAH sangat berliku  , jalan untuk kehancuran sangat mudah..Tepuk dada tanya iman.
Semoga kita akan mendapat petunjuk dari ALLAH untuk menempuh hari yang mendatang.Andai saya tersalah sila betulkan .

SEKIAN.ASSALAMUALAIKUM.





doaku buat muslimat n muslimin

ya rabbi 

jadikan ia khalifah untuk diri dan keluarganya yang selalu menghembuskan nafas2 iman islam mu....
jadikan dia hiasan yang selalu mendapat rahmatmu dan jadikan ia asbab untuk keluarganya bagi  mendapat rahmatmu...
Ya Allah sayangilah jadikan lah dia hambamu  yang beriman ,soleh dan solehah ...
permudahkanlah kami untuk menempuh dugaanmu...amin

hukum hudud


pelaksnaan hukum hudud dalam islam oleh Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)
PANDANGAN ULAMA TAFSIR


Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:


“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”


Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana  sabda Nabi Muhammad  SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:


“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”


Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.


Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan  perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:


"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".


cuba tengok link inihukum hudud di malaysia

my intro =)

assalamualaikum....hi im new in this blogging world=)
juz want to share with you guys about my life


im happy go lucky person ..hope u allz happy when reading my blog...n lo na tanye pape xberkaitan nan studi, perkara yang fakta mahupun pengetahuan am bley tanye direct tros pada saya...insyaALLAH sya akan cuba untk jwb solan anda sume.......