Halaman

Selasa, 23 Oktober 2012

islamik= katak dibawah tempurung ke???

   Asasalamualaikum...terima kasih  kerana sudi membaca coretan dari hamba ALLAH yang kerdil ini.Perkara yang akan saya bincangkan pada kali ini adalah islamik=katak dibawah tempurung ke????Betul ke pemakaian yang tutup litup buatkan kita nampak kuno??betul ke islam buat kita seperti katak dibawah tempurung?? apa pendapat sahabat sekalian??

     Sebelum saya meneruskan coretan saya, saya ingin bertanya ,sahabat masih ingat kehidupan kita pada zaman kita kecil-kecil dulu?Apa minat kita?Apa minat kita?Apa orang tua-tua larang kita??Kita akan menangis andai perkara yang kita lakukan kti dilarang..
     
         Ketika kita di sekolah rendah, apa yang kita suka lakukan?Sekarang  apa yang kita suka lakukan ?..sekarang cuba fikir dan jawab  soslan ini pula;
1)Kenapa budak-budak tu suka sangat buat perkara-perkara tersebut???= sebab dia minat nak buat
2)Bagus atau tak bagus minat dia tu?=Mestilah tak bagus,sebab tulah orang tua larang
3)kenapa orang tua larang dan marah??=sebab orang tua tahu kesan buruk kepada diri kita

      Sahabat sekalian sedar atau tidak semakin kita membesar pengawasan ibu bapa terhadap kita semakin berkurang.Andai kita turutkan nafsu kita lebih suka melakukan perkara yang akan merosakkan diri kita sendiri.Apabila ibu bapa kita sudah tidak mampu mengawal kita seperti dulu, tugas ini akan diambil alih oleh agama.betul x!!!!

      Agama ibarat ibu bapa yang mampu menjaga kita dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya..

Sebagai analogi wanita umpama PAKAIAN........

1)PAKAIAN MURAH=Hanya dilonggokan dikaki lima.....Wanita seperti ini senang didekati dan mudah digauli

2)PAKAIAN BIASA=Digantung rapi dan mudah dibelek-belek....=Wanita seperti ini memakai tudung namun membalut aurat bukan mnutup aurat....

3)PAKAIAN MAHAL=Wanita yang sangat menjaga penampilan akhlak serta imanya..

Sekarang pilih yang kategori pakaian mana yang sahabat ingankan......Pilihan ditangan anda.
Ynag baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..Sekian sahaja coretan saya pada kali ini.....SELAMAT BERAMAL.....

Jumaat, 19 Oktober 2012

AQIDAH ISLAMIAH

Bismillahhirahmanirrahim........Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

          Sudah lama rasanya saya tidak mencoret dihalam ini......apa khabar anda semua =)....Hari ini  saya ingin membincangkan perkara mengenai AQIDAH ISLAMIAH..Saya dapat input ini dari usrah tempat saya belajar.Sekadar ingin berkongsi dengan sahabat semua.

       Aqidah menurut bahasa bermaksud sebagai simpulan atau ikatan.Manakala wahran adalah cintakan dunia melebihi akhirat.....Antara ciri-ciri aqidah ialah meletakkan ALLAH Yang Maha Esa melebihi manusia dan rasul...

      Perbezaan antara aqidah dan ideologi.Apa itu ideologi???? Ideologi adalah teori yang dikemukakan oleh manusia manakala aqidah adalah perkara dari ALLAH swt.Aqidah adalah berpanjangan manakala ideologi hanyalah bersifat sementara. Sebagai contoh ideologi yang dikemukakan oleh saintis barat mengenai kewujudan manusia yang beasal daripada spesies beruk.Adakah sahabat semua bersetuju? Adakah rupa paras Nabi Adam dan siti hawa berbentuk beruk yang tidak berpakaian dan tinggal didalam gua? tepuk dada tanya iman.Aqidah berpandukan Al-quran dan As-sunnah manakala ideologi lebih berteraskan nafsu semata-mata.

     Antara tokoh yang sahabat nabi yang terbaik yang kita boleh contohi adalah Bilal bin Rabah.Seperti yang kita tahu beliau merupakan seorang hamba , tetapi pegangan aqidahnya sungguh kukuh sehingga ketika beliau diseksa beliau masih lagi mempertahankan agamanya.

     wahai sahabat yang saya hormati apa itu iman???? Iman merupakan aman , ketenangan ,rasa penuh percaya , iktirah , mengakui sesuatu , beriktikad dengan hati dan beramal dengannya.. Sekian sahaja perkongsian ilmu saya pada kali ini, insyaALLAH apabila saya mendapat input di lain masa akan saya kongsikan dengan sahabat ssemua.

 Cintakan manusia akan mati,
Cintakan ALLAH kekal abadi ,
itulah cinta,
cinta yang hakiki...Yang baik itu dari ALLAH , mana yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.