Halaman

Jumaat, 19 Oktober 2012

AQIDAH ISLAMIAH

Bismillahhirahmanirrahim........Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

          Sudah lama rasanya saya tidak mencoret dihalam ini......apa khabar anda semua =)....Hari ini  saya ingin membincangkan perkara mengenai AQIDAH ISLAMIAH..Saya dapat input ini dari usrah tempat saya belajar.Sekadar ingin berkongsi dengan sahabat semua.

       Aqidah menurut bahasa bermaksud sebagai simpulan atau ikatan.Manakala wahran adalah cintakan dunia melebihi akhirat.....Antara ciri-ciri aqidah ialah meletakkan ALLAH Yang Maha Esa melebihi manusia dan rasul...

      Perbezaan antara aqidah dan ideologi.Apa itu ideologi???? Ideologi adalah teori yang dikemukakan oleh manusia manakala aqidah adalah perkara dari ALLAH swt.Aqidah adalah berpanjangan manakala ideologi hanyalah bersifat sementara. Sebagai contoh ideologi yang dikemukakan oleh saintis barat mengenai kewujudan manusia yang beasal daripada spesies beruk.Adakah sahabat semua bersetuju? Adakah rupa paras Nabi Adam dan siti hawa berbentuk beruk yang tidak berpakaian dan tinggal didalam gua? tepuk dada tanya iman.Aqidah berpandukan Al-quran dan As-sunnah manakala ideologi lebih berteraskan nafsu semata-mata.

     Antara tokoh yang sahabat nabi yang terbaik yang kita boleh contohi adalah Bilal bin Rabah.Seperti yang kita tahu beliau merupakan seorang hamba , tetapi pegangan aqidahnya sungguh kukuh sehingga ketika beliau diseksa beliau masih lagi mempertahankan agamanya.

     wahai sahabat yang saya hormati apa itu iman???? Iman merupakan aman , ketenangan ,rasa penuh percaya , iktirah , mengakui sesuatu , beriktikad dengan hati dan beramal dengannya.. Sekian sahaja perkongsian ilmu saya pada kali ini, insyaALLAH apabila saya mendapat input di lain masa akan saya kongsikan dengan sahabat ssemua.

 Cintakan manusia akan mati,
Cintakan ALLAH kekal abadi ,
itulah cinta,
cinta yang hakiki...Yang baik itu dari ALLAH , mana yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.





Tiada ulasan: