Halaman

Ahad, 22 April 2012

sahabat atau couple??

Bolehkah merubah perhubungan dari seorang kekasih menjadi sahabat sahaja?

Boleh. Cuba ubah hubungan yang selama ini pasangan kekasih kepada menjadi hubungan persahabatan.

Ketika pilihan ini menjadi satu-satunya pilihan pemutus kerana iman, maka pilih dan beralihlah ke konsep hubungan persahabatan semata-mata. Dan tahukah kita bahawa seorang sahabat akan ikut berasa senang jika melihat sahabatnya senang? Dan sahabat sejati juga tidak akan meninggalkan kita dikala sedang sedih dan dirundung duka. Mereka akan selalu memberi sokongan, bantuan dan bahkan menghulurkan tangan sewaktu kita terjatuh.

Sedangkan kekasih, sebahagian besar hanya akan ada ketika kita dalam keadaan sengsara, terkena musibah atau masalah, mereka lebih memilih untuk mengelakkan diri. Banyak contoh sudah berlaku, kekasih dipenjarakan kerana sesuatu kesalahan seperti dadah, dan kekasihnya tidak mahu menemuinya lagi. Ada juga yang menjadi mangsa simbahan acid, dan kekasihnya terus meninggalkannya.

Konsep sahabat lebih menekankan pada hubungan apa adanya. Mereka menerima kita apa adanya, baik dari sisi positif mahupun dari sisi negatif kita. Mahu gemuk mahu kurus, mahu langsing mahu boncet, semuanya diterima. Kerana kita sahabat.

Mereka akan menegur jika ada salah dan ada khilaf yang terjadi pada diri kita. Mereka tidak akan menjauh, meskipun kita sudah salah terlalu jauh. Mereka tetap ada dan tetap bersama kita. Tetapi bagaimana mereka yang berkasih-kasihan?

Sebahagian besar orang yang bercouple hanya melihat pasangannya dari sudut positifnya sahaja. Mereka memilih kerana kita cantik, kita kacak, kita macho, hebat dan kaya. Tetapi apabila mereka tahu kita malas, diuji Allah dengan berpenyakit, mereka terus mengundurkan diri. Saat mereka melihat kekurangan pada diri kita, mereka cenderung memilih orang lain.

Sahabat jarang membuat kita sedih. Mereka biasanya ada didalam duka dan lara. Sedangkan kekasih lebih banyak membuat kita sedih dari bahagia. Lebih-lebih lagi yang jenis cemburu buta, obses dan terlalu protektif. Mereka tidak mahu membiarkan kita bebas. Selalu ingin menguasai dan dikuasai. Mereka selalu menghalang komunikasi kita dengan manusia lain dengan api cemburu. Tidak boleh itu tidak boleh ini.Mereka tidak sedar membuat kita berlinang air mata kerana sedih sebab mereka.

Sahabat adalah hubungan selamanya. Sahabat adalah sahabat meskipun jarak memisahkan. Sahabat akan menyayangi kita dengan tulus tanpa perasaan asmara yang penuh nafsu. Perhatian mereka juga tidak akan luntur walaupun usia bertambah seiring perjalanan nafsu. Sedangkan sayang seorang kekasih akan lapuk ditelan waktu. Semakin lama semakin hilang rasa sayang kerana rasa bosan. 

Hubungan persahabatan dibina atas perasaan saling menghargai dan bukan dirancang suatu saat akan terputus. Tetapi kekasih sungguh sangat berbeza. Adakalanya orang bercinta kerana diniatkan untuk putus dalam masa tertentu. Kemudian mencari kekasih lain yang lebih cantik dan lebih menarik.

Ada masa putus, ada masa berakhir dan ada masa gagal. Cinta yang diucapkan tidak lagi segar, malah layu kering dan tidak enak lagi didengar. Berpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah..

wahai muslimah

Wahai MUSLIMAH...

♥ Carilah LELAKI yang boleh mengingatkan mu tentang SEMBAHYANG,
=>Bukan LELAKI yang selalu mengajak TENGOK WAYANG..!

♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan dirimu untuk MENGAJI,
=> Bukan LELAKI yang selalu mengajak mu SMS TIAP-TIAP HARI..!

♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan mu tentang MENUTUP AURAT,
=> Bukan LELAKI yang hanya tahu nak MENGURAT..!

♥ Carilah LELAKI yang boleh mengajar mu MENGHORMATI ORANG TUA,
=> Kerana disitu letaknya pintu SYURGA..!

buat renungan bersama

 Anak Palestin gugur syahid, Anak Melayu gugur janin,
Anak Palestin hilang keluarga sebelum bekeluarga, Anak melayu hilang dara sebelum bekeluarga,
Anak Palestin maut di tembak zionis semasa jihad, Anak Melayu maut di tembok besi semasa rempit,
Anak Palestin menangis kerana diragut harta,maruah,keluarga,
tempat tinggal.
Anak Melayu menangis kerana teman lelaki atau teman wanita
diragut orang lain..

Sabtu, 14 April 2012

ZINA

Assalamualaikum, terima kasih kepada pembaca yang telah menghubungi facebook saya untuk bertanya akan hal ini.Soalannya berkaitan zina.Kita sebagai hamba ALLAH perlu menjaga perilaku kita. Kita tidak boleh mendekati zina . Firman ALLAH

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
-Surah Al-Israk: ayat 32



Sedangkan untuk menghampiri zina kecil pun kita telah ditegah inikan pula untuk melakukannya.Contoh zina kecil adalah zina mata.Apabila seseorang itu tidak menjaga pandangan matanya daripada memangdang ajnabinya hendaklah ditundukkan pandangannya.


seterusnya hukum zina , Firman ALLAH ;
"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman."
-Surah An-Nur: ayat 2



"Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas."
-Surah Al-Mukminun: ayat 5-7



sabda rasullah SAW
"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."
-Hadis riwayat Imam Ahmad 



Ya akhi , ya ukhti renung2kanlah sabda nabi kita ,jauhilah perbutan yang akan mendekatkan diri kepada zina.Akhir kata dari saya tepuk dada tanya iman.