Halaman

Ahad, 30 Disember 2012

Api DenGan AIs !!!!

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum..... salam sejahtera salam satu MalaySIA.....

     Terima kasih kepada sahabat saya Nor sazwani bt abu bakar kerana telah menyedarkan saya sedikit sebanyak mengenai perkara ini.

     Hubungan antara lelaki dan wanita ibarat apu dengan ais! Diantara dua itu mesti ada garis pemisah.Ais tidak boleh berada berdekatan dengan api kerana ia akan mencair.Sama seperti wanita yang tidak boleh sentiasa berdekatan lelaki kerana di khuatiri akan menimbulkan satu perasaan aneh.Adalah fitrah untuk kita tertarik dengan berlainan jantina, dan rasa itu adlah anugerah ALLAH tetapi kita perlu menjaganya sebaik-baik mungkin untuk orang yang sepatutnya kita beri iaitu pasgan kita.

   Hari ni saya na bercerita sedikit sebanyak perkara yang telah saya lalui.Ditempat saya belajar ada seorang senior yang namanya .....Pada mulanya kami sekadar berkongsi pendapat mengenai agama.Tapi terima kasih kepada sahabat saya kerana menyedarkan saya akan perkara ini.Alhamdulillah...Memg saya tak nafikan perasaan suka pada seseorang itu senang timbul.Nauzubillahiminzalik,  akhirnya saya tersedar.....Andai lelaki dan perempuan bersahabat pasti timbul rasa suka antara salah seorang dari mereka.Susahnya untuk menjaga hati , tapi itulah satu-satunya benda yang paling kita perlu jaga.

      Benarlah kata orang sahabat yang baik mampu mendorong kita kearah perkara yang baik......
     

Jumaat, 7 Disember 2012

MengeMbirakan Orang BahaGiakan diRi

Assalamualaikum sahabat.Sudah lame rasanya saya tidak mencoret didalam ruangan ini..
Mengembirakan orang merupakan amalan yang disukai ALLAH.Kemampuan untuk mengembirakan orang mampu mencetuskan situasi yang harmoni dikalangan kita semua.Betul tak?????

Bak kata orang inggeris "what ever goes around turn around"...Peganglah kata-kata itu dalam kehidupan kita.Rasulullah SAW bersabda bahawa"amal yang paling dicintai ALLAH adalah rasa gembira yang engkau resapkan kedalam hati muslim atau mengeluarkan masalah daripadanya atau membayar hutangnya atau mengusir rasa laparnya."(riwayat Ibn Abi al-Dunya dan Al-Tabrani).

Kita x perlu melihat jauh untuk mengembirakan hati seseorang tetapi cukuolah sekadar sikap mengambil berat atau prihati terhadapnya.Jika anda ingin membuat seseorang gembira belajarlah unutk menghargai mereka dengan memberi pujian keepada pencapaian mereka atau kelebihan mereka.Pujilah mereka dihadapan orang ramai , tetapi tegurlah mereka di tempat yang tersembunyi.

Pernahkah kita terfikir mengapa seseorang yang berkarekter lucu memiliki kelebihan dalam menarik perhatian orang ramai???Berada dikalangan orang yang riang dapat membahagiakan hati kita..Senyum itu sedekah...Kita akan bahagia jika orang disekeliling kita bahagia.

Kebaikan dikatakan bahasa cinta.Dengan melakukan kebaikan seseorang sudah cukup membuktikan kita mengambil berat terhadapnya.Memberi kebaikan menggambarkan rasa sayang kita kepada seseorang.Kekuatan islam Islam banyak bergantung kepada sikap individu dalam membina hubungan yang membahagiakan.




Betul tak , kalau kita buat orang disekeliling kita bahagia kita pun akan bahagia!!!! tepuk dada tanya iman..Jdi senyum lah..lalalala comelya saya tengok awak senyumm!!!!! cute gitu....assalamualaikum


Selasa, 6 November 2012

TAMADUN ISLAM CHINA


            Tamadun Cina merupakan salah satu daripada tamadun terawal didunia,kira-kira 4000-2000 S.M. yang berkembang di lembangan subur Sungai Kuning(Huang He). Sungai ini mengalir dari pergunungan Kun Lun ke Timur, merentasi Utara China sehingga ke Teluk Bo-Hai, sepanjang 3,395 batu. Dibangunkan masyarakat tani semi tetap, pada era Neolitik kebudayaan Yangshao. Tokoh terkenal Huang Ti (Maharaja Kuning 2000SM) seorang pemerintah yang menyebabkan era peralihan dari zaman Neolitik hingga zaman Gangsa apabila besi mula digunakan untuk menggantikan batu. Semasa zaman khulafa al-Rasyidin yang ketiga,iaitu Uthman bin Affan r.a telah menghantar Saad bin Abi Waqqa r.a melawat China pada tahun 651M(29H).Hasil dari lawatan tersebut maharaja china telah mengarahkan pembinaan masjid yang besar dan indah di bandar Canton .Tentera islam dibawah pimpinan Qutaibah bin Muslim telah menjalankan penaklukan ke atas bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714 M dan menyeru Mharaja China agar memeluk islam Turkestan Timur merupakan sebuah negara merdeka sehingga ditakluki oleh kerajaan Manchu pada tahun 1579.Pada tahun 1876 ia memberontak dan merdeka dari kerajaan Manchu pada tahun1949 dan dikuasai oleh oleh kerajaan komunis China.Pada tahun 757 M ,Jeneral Lien Chen memberontak menentang Maharaja Su Tsung.Atas pemintaan khalifah Abbasiyah seramai 4000 orang tentera telah dihantar ke China bagi menjalankan misi tersebut.Mereka terus menetap di Chiana dan berkahwin dengan wanita tempatan dan Islam semakin berkembang dengan pesat.Sesetengah pendakwah ke negara China melalui laut bersama pedagang dan menyebarkan Islam di bandar-bandar seperti Shanghai dan sebagainya.Dalam abad ke-4 ,Raja Turkestan Timur telah memeluk Islam .Ini lebih memudahkan penyebaran Islam di Turkestan Timur dan negara China.Apabila masyarakat berbangsa Ughur yang tinggal di Turkestan Timur memeluk Islam mereka mula menyebarkan Islam secara rasmi .Pendakwah tersebut dapat menyebarkan islam dengan mudah.Agama Islam juga tersebar melalui jalan sutera .Pada abad ke-13 M, ramai orang islam dibawa masuk ke Monggol dari Asia Barat untuk membantu dalam pentadbiran.Sehingga kini masih masih terdapat ramai penganut agama Islam di China seperti etnik Xin Jiang dan Ning Xia. Agama Islam memberikan pengaruh yang besar kepada etnik-etnik tersebut, khususnya dalam bidang sejarah, budaya, etika, moral, gaya hidup dan adat resam. Jumlah penduduk islam dianggarkan sebanyak 4% dengan anggaran 54 juta orang.  Pertembungan Islam dan budaya tradisi China telah menambah kandungan khazanah yang amat berharga kepada budaya dan sejarah China.



Selasa, 23 Oktober 2012

islamik= katak dibawah tempurung ke???

   Asasalamualaikum...terima kasih  kerana sudi membaca coretan dari hamba ALLAH yang kerdil ini.Perkara yang akan saya bincangkan pada kali ini adalah islamik=katak dibawah tempurung ke????Betul ke pemakaian yang tutup litup buatkan kita nampak kuno??betul ke islam buat kita seperti katak dibawah tempurung?? apa pendapat sahabat sekalian??

     Sebelum saya meneruskan coretan saya, saya ingin bertanya ,sahabat masih ingat kehidupan kita pada zaman kita kecil-kecil dulu?Apa minat kita?Apa minat kita?Apa orang tua-tua larang kita??Kita akan menangis andai perkara yang kita lakukan kti dilarang..
     
         Ketika kita di sekolah rendah, apa yang kita suka lakukan?Sekarang  apa yang kita suka lakukan ?..sekarang cuba fikir dan jawab  soslan ini pula;
1)Kenapa budak-budak tu suka sangat buat perkara-perkara tersebut???= sebab dia minat nak buat
2)Bagus atau tak bagus minat dia tu?=Mestilah tak bagus,sebab tulah orang tua larang
3)kenapa orang tua larang dan marah??=sebab orang tua tahu kesan buruk kepada diri kita

      Sahabat sekalian sedar atau tidak semakin kita membesar pengawasan ibu bapa terhadap kita semakin berkurang.Andai kita turutkan nafsu kita lebih suka melakukan perkara yang akan merosakkan diri kita sendiri.Apabila ibu bapa kita sudah tidak mampu mengawal kita seperti dulu, tugas ini akan diambil alih oleh agama.betul x!!!!

      Agama ibarat ibu bapa yang mampu menjaga kita dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya..

Sebagai analogi wanita umpama PAKAIAN........

1)PAKAIAN MURAH=Hanya dilonggokan dikaki lima.....Wanita seperti ini senang didekati dan mudah digauli

2)PAKAIAN BIASA=Digantung rapi dan mudah dibelek-belek....=Wanita seperti ini memakai tudung namun membalut aurat bukan mnutup aurat....

3)PAKAIAN MAHAL=Wanita yang sangat menjaga penampilan akhlak serta imanya..

Sekarang pilih yang kategori pakaian mana yang sahabat ingankan......Pilihan ditangan anda.
Ynag baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..Sekian sahaja coretan saya pada kali ini.....SELAMAT BERAMAL.....

Jumaat, 19 Oktober 2012

AQIDAH ISLAMIAH

Bismillahhirahmanirrahim........Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

          Sudah lama rasanya saya tidak mencoret dihalam ini......apa khabar anda semua =)....Hari ini  saya ingin membincangkan perkara mengenai AQIDAH ISLAMIAH..Saya dapat input ini dari usrah tempat saya belajar.Sekadar ingin berkongsi dengan sahabat semua.

       Aqidah menurut bahasa bermaksud sebagai simpulan atau ikatan.Manakala wahran adalah cintakan dunia melebihi akhirat.....Antara ciri-ciri aqidah ialah meletakkan ALLAH Yang Maha Esa melebihi manusia dan rasul...

      Perbezaan antara aqidah dan ideologi.Apa itu ideologi???? Ideologi adalah teori yang dikemukakan oleh manusia manakala aqidah adalah perkara dari ALLAH swt.Aqidah adalah berpanjangan manakala ideologi hanyalah bersifat sementara. Sebagai contoh ideologi yang dikemukakan oleh saintis barat mengenai kewujudan manusia yang beasal daripada spesies beruk.Adakah sahabat semua bersetuju? Adakah rupa paras Nabi Adam dan siti hawa berbentuk beruk yang tidak berpakaian dan tinggal didalam gua? tepuk dada tanya iman.Aqidah berpandukan Al-quran dan As-sunnah manakala ideologi lebih berteraskan nafsu semata-mata.

     Antara tokoh yang sahabat nabi yang terbaik yang kita boleh contohi adalah Bilal bin Rabah.Seperti yang kita tahu beliau merupakan seorang hamba , tetapi pegangan aqidahnya sungguh kukuh sehingga ketika beliau diseksa beliau masih lagi mempertahankan agamanya.

     wahai sahabat yang saya hormati apa itu iman???? Iman merupakan aman , ketenangan ,rasa penuh percaya , iktirah , mengakui sesuatu , beriktikad dengan hati dan beramal dengannya.. Sekian sahaja perkongsian ilmu saya pada kali ini, insyaALLAH apabila saya mendapat input di lain masa akan saya kongsikan dengan sahabat ssemua.

 Cintakan manusia akan mati,
Cintakan ALLAH kekal abadi ,
itulah cinta,
cinta yang hakiki...Yang baik itu dari ALLAH , mana yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.





Jumaat, 17 Ogos 2012

prince


copy n paste dari iluv islam......article yang baik 
Nowadays, there is a trend on Facebook/Twitter/blog/tumblr where people would talk about marriage; demanding a great, soleh husband/wife to enter the Jannah together and so on.
Looking at a positive side, I can't deny that it is good for us to have a perspective that a relationship between a man and a woman is a thousand way better with marriage - as all of us (Muslims) get the fact that marriage has more barakah and is a halal way to express love.
Furthermore, a successful marriage is a door to Jannah. I find that it is beautiful when it is said that if a woman is a man's key to paradise (by helping him to fulfill his deen with her through marriage and being an obedient wife), so, a man is a woman's door to Jannah. The key that opens the door - a husband and a wife need each other's help to get there, masya-Allah.
The Prophet Muhammad SAW said: ''The most perfect believer in faith is the one whose character is finest and who is kindest to his wife.'' (Tirmidhi and Nasa'i)
As a Muslim woman, I also want a great man to marry me - the man who lowers his gaze so that I become the only woman he sees, the man who preserved his heart for me, the man whose love will make me stronger - a gift from Allah, insya-Allah. Surely, I want him to encourage me to be closer to Allah in our baitul muslim; baitul dakwah.
But sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status? No.
And why do you focus on finding a righteous man (a prince of deen) only? Stop it. Don't let your imagination ruin yourself. There are many doors of Jannah so there are many ways to enter them. Don't just focus on one way (marriage). Be a righteous person first, prepare yourself. Devote yourself to Allah and when you stop searching for a prince and make Allah the King of your heart, He will help you to complete your fairy tale.
"I tell the boys and girls; Allah has already written the name of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah. He will send him/her to you when you're ready. It is only a matter of time." - Sheikh Mamdouh
For ladies, remember this - don't worry if you haven't found your life partner. Be a righteous woman not just because you want to marry a righteous man. Marry a righteous man not just because you want him to go with you to Jannah. You can attain Jannah with or without marriage. Now is the time for you be the one that can lead yourself there.
Take Maryam RA as an example. She never did get married but was still a righteous woman in the eye of Allah SWT. He says:
"And (the example of) Mary, the daughter of 'Imran, who guarded her chastity, so we blew into (her garment) through Our Angel, and she believed in the words of her Lord and His scriptures and was the devoutly obedient."
(Surah at-Tahrim, verse 12)
Pray and make du'a for the best, not just for life in dunya but also for hereafter. Ask Allah to forgive our sins, our parents' sins, our family's, teachers' and friends'. Don't forget to make du'a for our brothers and sisters in Palestine, Iraq, Syria, Afghanistan and Burma after every prayer.
And ask Allah to help ourselves to be among the righteous men.

Ahad, 29 Julai 2012

KAHWIN MUDA


Ramai di antara pelajar IPTA mahupun IPTS yang ingin membina mahligai ini. Terutamanya bila sering mendengar kuliyah-kuliyah berkenaan zina, perhubungan dan sebagainya.
Ada yang berkata 'Oh, aku kena kahwin kalau macam ni, elak zina". Katanya salah seorang ahli qaryah dengan nada gurauan. Dan tidak dinafikan itu alasan kebanyakkan mereka.
Saya tidak mengatakan ini salah dan itu betul. Cuma kita perlu melihat banyak aspek lain lagi untuk mengelak zina lebih daripada satu jalan sahaja iaitu perkahwinan.
Isu nafkah, isu hak dan tanggungjawab antara suami isteri, isu tanggungan anak dan isu agama mesti diperhatikan. Ingat, bahawa ketidaksediaan kita dari aspek itu akan menjerumus perkahwinan tidak menjadi kebunan percintaan yang boleh dipetik hasilnya akan tetapi ia juga boleh membawa kepada kuburan percintaan yang ditinggalkan bila tidak lagi bernyawa. Saya bukanlah seorang yang telah berkahwin, tapi sekadar mengambil ibrah daripada orang-orang berjaya dan juga gagal dalam mengharungi alam ini. Bacalah dengan nama Tuhanmu gugusan kata ini.
Kebunan Percintaan
Perkahwinan diasaskan oleh cinta kemudian diakhiri dengan tanggungjawab. Cinta merupakan kepatuhan sementara tanggungjawab ialah bebanan. Bila sahaja kita melafazkan "aku terima nikahnya" ia bermakna kita berkata "aku bertanggungjawab keatasnya". Bukankah cinta telah menjadi penghias kepada tanggungjawab? Maka segalanya terletak di atas bahu si lelaki, terutamanya perkara melibatkan maruah dan dosa. Jika tidak dijaga selayaknya himpunan pahala berganda boleh bertukar menjadi gugusan dosa yang bertimbun.
Kebunan itu tidak boleh dipisahkan daripada aspek islam sebagai pendukung kehidupan. Islam adalah fitrah maka jalannya adalah juga selari dengan fitrah manusia. Islam terdiri daripada 3 aspek utama akidah(keimanan), syariat (peraturan) dan akhlak. Akidah ialah aspek iman yang mana mesti menjadi dasar kepada pembinaan kerukunan rumah tangga.
Selalu kita mengaitkan perkahwinan dengan istilah akan terbinanya sebuah masjid. Masjid merupakan tempat ibadah yang suci dan didasari pembinaanya atas dasar iman dan taqwa, tertegak di atas peraturan dan lahir daripadanya akhlak yang mulia. Apabila mahligai itu didasari oleh iman diawalannya maka apabila wujudnya krisis, ia akan lebih mudah kerana kita boleh kembali ke dasar tadi iaitu iman. Kita berkahwin kerana apa? Adakah kerana cinta ? kerana ikut sunnah? Kerana ikut-ikut? Kerana ingin membentuk keluarga bahagia? Ataupun kerana Allah Azzawajalla.
Bila kita berjaya untuk membentuk 'Basic Structure' maka senang untuk dirujuk daripada apa jua permasalahan. Persoalan memenuhi hak tidak lagi menjadi persoalan utama kerana hak Allah didahulukan lebih mengatasi hak suami isteri. InsyaAllah bila hak yang pertama didahulukan maka yang utama akan diutamakan. Allah didahulukan Keluarga diutamakan.
Apabila ini berlaku keduanya akan membentuk suatu perjalanan yang penuh berperaturan berlandaskan syariat. Hidup penuh berperaturan ini menjamin keduanya berada pada landasan kepatuhan. Agar apabila berjauhan tidak gundah, berpisah tidak gelisah. Si suami boleh memainkan peranan dan bertindak selayaknya atas dasar peraturan. Suami adalah 'king control' dalam sesebuah kebunan percintaan, mengawal, mendukung, melindung dan mendidik. Bila tugas ini selari dengan syariat maka akan lahirnya aspek akhlak.
Akhlak terbina atas dasar kepatuhan yang sudah sedia ada yang menjadi 'rules of life' peraturan kehidupan yang mesti dipupuk sejak pertama kebunan percintaan tadi terbina. Anak-anak akan merasakan indahnya apabila mempunyai ayah dan ibu berpegang pada syariat tidak hanya adat. Syariat bererti mendidik dan adat hanyalah menjaga. Bila mana ketiga-tiga faktor ini berlegar dalam ruang lingkup keluarga maka kita akan berjaya membina masjid dipertengahan malah hingga ke penghujung. Bukan sekadar pada permulaan. Ayah sebagai imam, ibu sebagai bilal dan anak-anak sebagai makmum.