Halaman

Selasa, 6 November 2012

TAMADUN ISLAM CHINA


            Tamadun Cina merupakan salah satu daripada tamadun terawal didunia,kira-kira 4000-2000 S.M. yang berkembang di lembangan subur Sungai Kuning(Huang He). Sungai ini mengalir dari pergunungan Kun Lun ke Timur, merentasi Utara China sehingga ke Teluk Bo-Hai, sepanjang 3,395 batu. Dibangunkan masyarakat tani semi tetap, pada era Neolitik kebudayaan Yangshao. Tokoh terkenal Huang Ti (Maharaja Kuning 2000SM) seorang pemerintah yang menyebabkan era peralihan dari zaman Neolitik hingga zaman Gangsa apabila besi mula digunakan untuk menggantikan batu. Semasa zaman khulafa al-Rasyidin yang ketiga,iaitu Uthman bin Affan r.a telah menghantar Saad bin Abi Waqqa r.a melawat China pada tahun 651M(29H).Hasil dari lawatan tersebut maharaja china telah mengarahkan pembinaan masjid yang besar dan indah di bandar Canton .Tentera islam dibawah pimpinan Qutaibah bin Muslim telah menjalankan penaklukan ke atas bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714 M dan menyeru Mharaja China agar memeluk islam Turkestan Timur merupakan sebuah negara merdeka sehingga ditakluki oleh kerajaan Manchu pada tahun 1579.Pada tahun 1876 ia memberontak dan merdeka dari kerajaan Manchu pada tahun1949 dan dikuasai oleh oleh kerajaan komunis China.Pada tahun 757 M ,Jeneral Lien Chen memberontak menentang Maharaja Su Tsung.Atas pemintaan khalifah Abbasiyah seramai 4000 orang tentera telah dihantar ke China bagi menjalankan misi tersebut.Mereka terus menetap di Chiana dan berkahwin dengan wanita tempatan dan Islam semakin berkembang dengan pesat.Sesetengah pendakwah ke negara China melalui laut bersama pedagang dan menyebarkan Islam di bandar-bandar seperti Shanghai dan sebagainya.Dalam abad ke-4 ,Raja Turkestan Timur telah memeluk Islam .Ini lebih memudahkan penyebaran Islam di Turkestan Timur dan negara China.Apabila masyarakat berbangsa Ughur yang tinggal di Turkestan Timur memeluk Islam mereka mula menyebarkan Islam secara rasmi .Pendakwah tersebut dapat menyebarkan islam dengan mudah.Agama Islam juga tersebar melalui jalan sutera .Pada abad ke-13 M, ramai orang islam dibawa masuk ke Monggol dari Asia Barat untuk membantu dalam pentadbiran.Sehingga kini masih masih terdapat ramai penganut agama Islam di China seperti etnik Xin Jiang dan Ning Xia. Agama Islam memberikan pengaruh yang besar kepada etnik-etnik tersebut, khususnya dalam bidang sejarah, budaya, etika, moral, gaya hidup dan adat resam. Jumlah penduduk islam dianggarkan sebanyak 4% dengan anggaran 54 juta orang.  Pertembungan Islam dan budaya tradisi China telah menambah kandungan khazanah yang amat berharga kepada budaya dan sejarah China.



Tiada ulasan: