Halaman

Isnin, 27 Februari 2012

KELALAIAN SOLAT (BERKAITAN SOLAT)

1)TIDAK MENGERJAKAN SOLAT 5 WAKTU
        Sebahagian umat islam , semoga  ALLAH mengampuninya , tidak mengerjakan solat 5 waktu .Ada yang kerana malas , sibuk dan banyak lagi alasan.Ingat ALLAH da bagi setiap seorang masa 24 jam.Orang lain boleh uruskan masa  dengan baik mengapa tidak kita?
Semua orang islam wajib mengerjakan solat 5 waktu , tidak kira apapun keadaan .

2)BERGURAU KETIKA SOLAT
          Tekadang kita menjumpai  sebahagian anak muda bergurau sesama mereka .Perbuatan ini harus ditinggalkan .Ketika solat kita harus tenang dan menghayati bacaannya.Apabila  mula solat kita tidak boleh melakukanperkara lain selain solat.

3)SOLAT DENGAN TERGESA-GESA
         Sebahagian kita tergesa-gesa dalam melakukan solat kerana ada urusan atau kepentingan selepas solat.Seperti menonton rancangan mempunyai janji dengan seseorang dan sebagainya.Kita perlu fokus dalam solat untuk khusyuk.

4)BERJALAN DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
         Perbuatan orang yang berjalan dihadapan orang yang sedang solat merupakan satu kelalaian.Hendaklah orang yang ingin lalu dihadapan orang yang sedang solat ,  dia perlu menunggu orang sedang sola itu selesai dari solat ataupun menggunakan laluan lain.

5)MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT TANPA ALASAN
        Kelalaian yang sering sebahagian orang yang seting lakukan ialah melengah-lengahkan solat . Perbuatan tersebut perlu ditinggalkan , kerana seseorang tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba.Apabila ia meninggal dunia dunia dan belum menunaikan solat sedangkan sudah masuk waktunya , ia dikira berdosa kerana meninggalkan solat.


6)MENGATUP BIBIR DAN TIDAK MENGGERAKKAN LIDAH KETIKA SOLAT.
           sunnah nabi menggerakkan bibirnya ketika solat dan membaca doa.


7)ORANG YANG SAKIT TIDAK SOLAT SEHINGGA SEMBUH
           Banyak orang yang sakit tidak mengerjakan solat sehingga sembuh.Mereka beralasan tidak mampu untuk melakukan gerakan solat .Sedangkan islam sudah meringankan cara solat bagi orang yang sakit.Jika tidak mampu berdiri duduk, jika tidak mampu duduk baring , jika tidak mampu gunakan isyarat mata , jika tidak mampu solatlah dengan hati dengan membayangkan gerakan solat.Sesungguhnya islam tidak membebankan umatnya.


8)SENGAJA BERSENDAWA DALAM SOLAT
    Sebahagian orang bersendawa dalam solat dan menegeluarkan bau yang tidak enak dari mulutnya.Bau mulutnya boleh menggangu jemaah lain.Rasulullah SAW melarang seseorang bersendawa dalam solatnya denagn bersabda , "Jauhkanlah dari kami sendawamu"(hadis riwayat Tirmizi ibnu majah dari ibnu umar)



Tiada ulasan: