Halaman

Selasa, 28 Februari 2012

HUKUM MEMAKAI GELANG ,RANTAI,&CINCIN BAGI LELAKI

Menurut ustaz Mohamad Faizal Bin Ahmat


Bagi pemakaian cicin


Memakai cincin merupakan salah satu sunnah rasullullah SAW.Bedasarkan hadith Anas bin Malek ;
"Adalah cincin nabi Muhammmad SAW  di pakai pada tangan ini(dan dia menunjukkan jari kelinng jarinya)" Hadith riwayat muslim. Disamping itu Ali bin Abi Talib berkata "Rasulullah SAW  telah melarang saya memakai cicin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya(jari tengah atau jari hantu)",(Hadith riwayat MuslimAbu Daud At Tirmizi dan An-Nasai) 


Bagi pemakaian gelang tangan pula


Bahawa rasullullah SAW telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang diperbuat daripada tembaga , maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut "apakah bendanya ini?"Lelaki itu berkata " ia adalah gelang perubatan".Rasullullah bersabda " Sesungguhnya benda itu tidak membawa apa2 sebarang kebaikan (walaupun untuk tujuan perubatan) buangkannya dari diri anda, jika anda mati dan benda itu  ada pada anda ,maka anda tidak akan berjaya untuk selama-lamanya "(Sahih riwayat Imam Ahmad)




Bagi pemakaian rantai


Menurut Islam pemakaian rantai merupakan perhiasan bagi wanita sahaja.Tidak kira samaada rantai itu emas mahupun tembaga , haram bagi lelaki untuk menyerupai wanita dari segi alat perhiasan ataupun pemakaiannya .Amat berat kesalahan jika tujuan pemakaiannya betujuan untuk meniru agama , anutan , ajaran agama lain , maka hukumnnya haram , bersandarkan sebuah hadis ;
 "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan ." (Riwayat Abu Daud)








1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nice blog...truskan berdakwah