Halaman

Jumaat, 2 Mac 2012

AD-DABAH(TANDA BESAR KIAMAT)

   KELUARNYA AD-DABAH(BINATANG MERAYAP ) dari SYAIKH MAHIR AHMAD ASH-SHUFI

SURAH AL-NAML:82
"Dan apabila perkataan telah jatuh keatas mereka , Kami keluarkan spesies binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka , bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat2 kami"

        Terbitnya matahari dari sebelah barat da leluarnya Ad-Dabah merupakan 2 tanda yang serentak.Pada ketika matahari terbit dahulu sebelum keluarnya binatang merayap  keimanan sudah tidak bermanfaat lagi bagi orang yang tidak beriman sebelumnya.Kemudian binatang yang merayap akan keluar untuk memberi tanda kepada orang yang beriman dengan keimanannya dan kafir bagi orang yang kafir.Hikmah dari perkara tersebut adalah untuk memisahkan antara orang yang beriman dengan orang yang kafir sebagai penyempurnaan maksud pintu taubat itu tertutup.

~CIRI-CIRI

         Menurut Ibn Abbas , binatang ini mempunyai bulu yang banyak yang mana bulu yang mana bulu pada kepalanya berwarna-warni.Setiap warna mempunyai empat garis warna .Secara terperinci ia mempunyai semua warna jenis binatang serta mempunyai setiap keistimewaan umat iaitu bijak berbicara dalam bahasa mereka.Binatang ini mempunyai bonggol yang panjang di mana ia dapat dilihat oleh sesiapa yang berada dibumi antara timur dan barat , manakala wajahnya menyerupai wajah manusia , paruhnya seperti paruh burung dan mempunyai banyak bulu yang tumbuh dikepalanya.

         Menurut Huzaifah Bin Yaman , binatang ini bersinar , mempunyai  banyak bulu termasuk bulu dikepalanya .Barangsiapa yang hendak mencarinya sudah pasti tidak akan menjumpainya , barangsiapa yang hendak lari darinya sudah pasti tidak akan mampu berbuat demikian .

      Menurut Abu Hurairah di badannya terdapat semua warna manakala diantara kedua tanduknya terdapat tempat yang luas untuk ditunggangi.

        Menurut Ibnu Zubair tanduknya menyerupai tanduki rusa ,bonggolnya seperti bonggol unta , dadanya seperti dada singa , warnanya seperti warna harimau , perawakannya seperti perawakan unta serta jarak antara  dua tulang rusuknya  adlah 12 hasta.

         Secara ringkasnya ia adalah binatang yang istimewa yang diciptakan oleh ALLAH SWT , untuk melaksanakan tugas yang khusus.Tidak ada sesiapapun yang mampu mengelak dari binatang tersebut bagi melaksanakan tugasnya.


~TUGAS 

             Binatang tersebut mampu berbicara kepada manusia , meletakkan cop serta mencela kekafiran , kemaksiatan , kefasikan , dan kesesatan mereka .Dengan itu orang kafir tidak akan terlepas darinya.Ini merupakan seksaan orang kafir didunia sebelum menempuh alam akhirat, hal ini kerana cop pada keningnya menunjukkan kehinaannya.Sifat ini telah menjadi sifat yang tetap kerana pintu taubat sudah pun tertutup buatnya.

         FIRMAN ALLAH(SURAH AL-NAML:82)
"Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia , maka kami keluarkan sejenis binatang daripada bumi , yang akan menyatakan kepada mereka bahawa manusia telah tidak menyakini ayat2 keterangan dan pengajaran daripada kami."

Manusia yang semakin fasik, dan ALLAH mengeluarkan al-dabah untuk berbicara kepada manusia  bahawa mereka adlah kaum yang sesat serta meletakkan cop pada wajah mereka melamhbangkan kekafiran.





Tiada ulasan: