Halaman

Sabtu, 25 Februari 2012

kelalaian dalam solat(Pengurusan masjid)

BEBERAPA KELALAIAN DALAM PENGURUSAN MASJID
1)Takmir masjid tidak memberi jadual khutbah terhadap orang yang tidak sefahaman dengannya.
        Kelalalaian yang kadang kala dilakukan oleh takmir masjid ialah tidak memberi kesempatan kepada orang yang tidak sefahaman dengannya untuk mengajar ilmunya di masjid sedangkan semua orang yang berilmu mempunyai hak untuk menyampaikan ilmu yang dimilikinya..Rasulullah SAW melarang umatnya yang bersikap fanatik dalam sabdanya yang bermaksud "Bukan termasuk golonganku orang yang mengajak kepada kefanatikan "(hadis riwayat Abu Daud dari Jubair bin Mut'im)


2)Menjadikan tempat imam lebih tinggi dar tempat makmum
         Mungkin anda pernah melihat tempat solat imam lebih tinggi dari tempat solat makmum, sebenarnya perbuatan itu tidak disyariatkan dalam islam..Tempat solat imam adlah sama dengan tempat solat makmum tetapi dibenarkan tempat solat imam ditinggikan andai imam bertujuan untuk mengajar makmum untuk solat.


3)Tidak mengerjakan solat sunat tahhiyyatul masjid
         Seperti kita tahu masjid adlah rumah ALLAH .Kita perlu menghormati masjid dengan melakukan solat sunat tahiyyatul masjid 


4)Bersenda gurau didalam masjid 
          Ketika berada didalam masjid , kita diperintahkan untuk duduk dengan tenang  dan membaca  ALQURAN mahupun berzikir .Kita tidak boleh bersenda gurau kerana khuatir akan mengganggu orang yang sedang solat.


5)Meludah didalam masjid
           Perbuatan tersebut sangat tidak beretika .Kita sebagai seorang islam perlulah menjaga kebersihan sesuai dengan tuntutan agama islam itu sendiri.


6)Membicarakan urusan dunia yang tidak sesuai dibicarakan didalam masjid 
           Antara urusan dunia yang saya maksud kan ialah seperti mengumpat , fitnah dan sebagainya.Ada sesetengah perkara diharuskan seperti perkara yang berkaitan pembelajaran , ilmu2 yang boleh mengajak orang untuk selalu ingat ALLAH juga boleh dibincangkan.


7)Berbicara dengankuat didalam masjid
              segelintir orang sering berbicara dengan kuat didalam masjid malahan ada yang sampai berteriak2 ketika berbicara didalam masjid.Perbutan seperti ini tidak sepatutnya dilakukan didalam masjid malahan perkara yang dibincangkan juga tidak sesuai untuk dibicarakan didalam masjid.Seharusnya kita perlu tenang ketika didalam masjid dan menjaga tatasusila kita.


8)Membaca alquran dengan suara yang keras
            Sebaiknya membaca alquran dengan suara yang rendah kerana boleh menggangu orang yang sedang solat.Apabila alquran tidak dibenarkan dibaca dengan nada yang tinggi bagaimana dengan bacaan yang lain??? Tepuk dada tanya iman.

Tiada ulasan: