Halaman

Sabtu, 10 Mac 2012

TALHAH BIN UBAIDILLAH(PAHLAWAN PERANG UHUD)

TALHAH BIN UBAIDILLAH


       Sebelum memeluk agama islam Talhah telah bertemu dengan seorang pendeta di Kota Busrah.Pendeta itu menyatakan bahawa seorang lelaki yang soleh akan diangkat menjadi nabi.Talhah menemui Abu Bakar dan menceritakan akan hal tersebut.


       Setelah Muhammad SAW menjadi rasul ia telah menyatakan keislamnnya dihadapan rasulullah SAW .Talhah sentiasa menyertai semua peperangan kecuali perang Badar.Ketika itu rasulullah mengutusnya bersama Sa'id bin Zaid  untuk keluar Madinah.Dia sangat berduka kerana tidak dapat menyertai perang Badar .Ketika perang Uhud Talhah bertekat untuk menyertainya , dia gigih melindungi rasulullah SAW walaupun dirinya tercedara dengan 70 luka.


      Beliau mendapat gelaran "Pahlawan Uhud" dari baginda.Pada setiap pertempuran pasti beliau akan berada di barisan hadapan .Beliau mencari keredhaan ALLAH , beliau juga merupakan seorang dermawan.Pada akhir hayatnya ,Talhah syahid di jalan ALLAH.

Tiada ulasan: