Halaman

Selasa, 20 Mac 2012

tudung islam vs fesyen!

Hadis nabi "Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum , maka dia tergolong dalam kalangan kaum tersebut" riwayat Abu Daud


"Akan muncul dalam kalangan umatku yang akan di akhir zaman kaum lelaki yang menunggang yang akan duduk diatas pelana lalu mereka turun didepan pintu2 masjid.Wanita2 mereka(isteri2 dan anak2) mereka berpakaian tetapi telanjang".hadis riwayat ahmad






kenapa disanggulkan rambut?Perkara ini perlu dilihat bedasarkan niat.Sebagai seorang wanita saya mengerti kenapa perlu rambut disanggul tinggi.Hal ini bagi mengelak rambut keluar daripada tudung mahupun untuk keselesaan, tetapi yang menjadi masalah ialah mereka yang sengaja membeli anak tudung yang menyerupai bonggol unta mahupun yang sengaja mahu menyanggul rambut bagi tujuan untuk berfesyen dan menarik perhatian kaum lelaki.Trend masa kini adalah memakai baju "adik", berpakaian tetapi telanjang samalah seperti anda tidak memakai baju terus.Tidak salah untuk berfesyen tetapi dengan syarat perlu mengikut syaraiat islam.Kaum wanita sangat indah , ingatlah seindah2 hiasan adlah wanita solehah, justeru seorang wanita tidak boleh terlalu menonjolkan diri atau sengaja ingin mempamerkan kecantikan kepada kaum lelaki.Dirimu sungguh istimewa simpanlah kecantikanmu hanya untuk suamimu.


Pemakaian tudung yang mennyerupai biarawati kristian.Wahai wanita trend pemakaian tudung sekarang cenderung kepada biarawati kristian.Tepuk dada tanya iman


Hadis nabi "Dua golongan ahli neraka yang tidak akan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya yang digunakan untuk memukul orang lain dan wanita2 yang berpakaian bagaikan telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk bebuat maksiat .Sanaguul dikepala mereka ditusuk tinggi2 seperti bonggol unta yang sangat lemah .Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dari jarak demikian ."riwayat muslim

Tiada ulasan: