Halaman

Selasa, 27 Mac 2012

HUKUM MENDERMAKAN ORGAN

     Ada yang mengatakan bahawa tidak mengapa untuk mendermakan sesuatu yang merupakan pemiliknya.Namun adkah tubuh badan kita itu adlah milik kita? ataupun hanya pinjaman dari ALLAH SWT dan tidak boleh didermakan?
Tubuh merupakan anugerah ALLAH yang tidak ternilai , kita tidak boleh melakukan sesuka hati kita seperti membubh diri sendiri mahupun memperdagangkannya untuk mendapat keuntungan untuk diri sendiri.Namun perlu diperhatikan disini bahawa manusia boleh menggunakan tubuh badannya sebagaimana dia menguruskan hartanya.Harta merupakan milik ALLAH sebagaimana disyariatkan didalam islam
..."dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta ALLAH yang dikurniakan kepadamu ..."(an-nur;33)
Akan tetapi ALLAH memberi kebebasan untuk nmembelanjakan harta tersebut.Maka manusia boleh mendermakan harta untuk kepentingan orang lain dan dibolehkan untuk mendermakan sebahagian daripada bahagia tubuhnya untuk orang lain tetapi dengan bersyarat!
       Pada zaman sekarang ramai pernderma darah yang mendermakan darahmya dimana mereka juga mendermakan sebahagian daripada tubuhnya,menurut fatwa' menderma darah adalah dibenarkan syara'.Berusaha untuk membantu seorang muslim bagi membantu menghilangkan penderitaannya dengan menderma sebahagian daripada organ adalah mulia .Hal ini kerana islam tidak membataskan sedekah hanya harta semata-mata tetapi termasuk semua pemberian kita kepada seseorang dengan ikhlas .Tetapi islam melarang memperdagangkan oragan dalaman kita untuk mendapat keuntungan.Saya ingin bertanya kepada pembaca , Berapa harga mata anda?telinga anda?kaki anda?..Semua nikmat ALLAH itu tidak ternilai harganya  dan kita tidak berhak menjualnya.Hargailah nikmat ALLAH yang telah ALLAH berikan kepada kita.
      Namun jika seseorang itu mendermakan organ sehingga memudaratkan dirinya hukumnya tidak boleh, kerana kita ingin menyelamatkan nyawa orang lain namun nyawa kita sendiri yang terancam.Tetapi kita tidak boleh mendermakan organ kita kepada orang kafir harbi yang memerangi orang islam islam.Menurut islam orang yang murtad merupakan orang yang mengkhinati agam islam dan mereka berhak dibunuh.Sedangkan dalam islam mereka boleh dibunuh , inikan kita pula yang mahu membantu mereka untuk hidup.tepuk dada tanya iman!
      Seterusnya seorang muslim menggunakan organ daripada orang kafir.Hal ini kerana organ tubuh tidak ada muslim mahupun kafir , ia hanyalah alat yang digunakan untuk manusia untuk terus hidup , hal ini sama seperti orang islam yang menggunakan rampasan perang untuk memperjuangkan islam.


     .
     

Tiada ulasan: