Halaman

Ahad, 25 Mac 2012

NUSYUZ SUAMI

Assalamualaikum.Kita sering mendengar tentang nusyuz seorang isteri , tetapi seorang suami juga melakukan nusyuz.Jarang sekali kira medengar akan nusyuz seorang seorang suami terhadap isterinya.








     Maksud nusyuz ialah tempat tertinggi.Isteri yang nusyuz adalah seorang isteri yang inkar terhadap suaminya dan membangkitkan kemarahannya.Manakala nusyuz bagi seorang suami adalah seseorang yang tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, bersikap acuh tidak acuh  dan bersikap dingin terhadapnya(Fairuz Al-Abdi:Qamus al-muhit 678)


     Firman ALLAH "Dan jika seorang wanita khuwatir akan nusyuz atau atau sikap tidak acuh dari suaminya , maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya dan perdamaian itu lebih baik walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir.Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu(dari sikap nusyuz),maka sesungguhnya ALLAH maha mengetahui apa yang kamu lakukan".(Surah An-Nisa';128)
   
       Cuba renungkan dan dalami ayat diatas, kita dapat simpulkan bahawa buksn sekadar seorang isteri sahaja yang boleh melakukan nusyuz seorang suami juga tidak terkecuali dalam meneraju rumah tangga.Menurut pendapat beberapa ulama' nusyuz seorang suami terjadi apabila seseorang suami itu melakukan kekerasan terhadap isterinya, tidak menggauli isterinya dan tidak menunaikan hak isterinya.


      Berikut merupakan  ciri2 seorang suami nusyuz yang saya dapatkan dari buku 30 perilaku Durhaka suami terhadap isterinya karangan   Muhammad Thalib  antaranya ialah;
~Gagal atau enggan memberikan nafkah(zahir/batin)
~Gagal menyediakan tempat tinggal yang selamat
~Tidak membayar mahar
~Menyebabkan kemudaratan(memukul isteri tanpa sebab)
~Memperlakukan isteri dengan kasar
~Merosakkan martabat isteri
~Menuduh isteri berzina tanpa saksi


TINDAKAN ISTERI JIKA SEORANG SUAMI NUSYUZ
Hadis Rasullah menyatakan "lelaki yang baik adlah seorang suami yang paling baik terhadap isterinya".Jika seorang suami nusyuz isterinya hendaklah bersabar dan memperingatkannya tentang tanggungjawabnya.Jika lankah ini tidak berjaya isteri berhak membawa kesnya kepada kadi bagi mendapatkan haknya semula.Jika perkara ini juga tidak berjaya kadi berhak menjatuhkan hukuman taazir kepadanya.Penyelesaian terakhir adlah cerai.


Yang baik itu daripada ALLAH yang buruk itu datang dari saya sendiri , andai perkara yang saya tulis ada kesahan mohon perbetulkan saya.wallahualm.
       









Tiada ulasan: