Halaman

Ahad, 22 April 2012

sahabat atau couple??

Bolehkah merubah perhubungan dari seorang kekasih menjadi sahabat sahaja?

Boleh. Cuba ubah hubungan yang selama ini pasangan kekasih kepada menjadi hubungan persahabatan.

Ketika pilihan ini menjadi satu-satunya pilihan pemutus kerana iman, maka pilih dan beralihlah ke konsep hubungan persahabatan semata-mata. Dan tahukah kita bahawa seorang sahabat akan ikut berasa senang jika melihat sahabatnya senang? Dan sahabat sejati juga tidak akan meninggalkan kita dikala sedang sedih dan dirundung duka. Mereka akan selalu memberi sokongan, bantuan dan bahkan menghulurkan tangan sewaktu kita terjatuh.

Sedangkan kekasih, sebahagian besar hanya akan ada ketika kita dalam keadaan sengsara, terkena musibah atau masalah, mereka lebih memilih untuk mengelakkan diri. Banyak contoh sudah berlaku, kekasih dipenjarakan kerana sesuatu kesalahan seperti dadah, dan kekasihnya tidak mahu menemuinya lagi. Ada juga yang menjadi mangsa simbahan acid, dan kekasihnya terus meninggalkannya.

Konsep sahabat lebih menekankan pada hubungan apa adanya. Mereka menerima kita apa adanya, baik dari sisi positif mahupun dari sisi negatif kita. Mahu gemuk mahu kurus, mahu langsing mahu boncet, semuanya diterima. Kerana kita sahabat.

Mereka akan menegur jika ada salah dan ada khilaf yang terjadi pada diri kita. Mereka tidak akan menjauh, meskipun kita sudah salah terlalu jauh. Mereka tetap ada dan tetap bersama kita. Tetapi bagaimana mereka yang berkasih-kasihan?

Sebahagian besar orang yang bercouple hanya melihat pasangannya dari sudut positifnya sahaja. Mereka memilih kerana kita cantik, kita kacak, kita macho, hebat dan kaya. Tetapi apabila mereka tahu kita malas, diuji Allah dengan berpenyakit, mereka terus mengundurkan diri. Saat mereka melihat kekurangan pada diri kita, mereka cenderung memilih orang lain.

Sahabat jarang membuat kita sedih. Mereka biasanya ada didalam duka dan lara. Sedangkan kekasih lebih banyak membuat kita sedih dari bahagia. Lebih-lebih lagi yang jenis cemburu buta, obses dan terlalu protektif. Mereka tidak mahu membiarkan kita bebas. Selalu ingin menguasai dan dikuasai. Mereka selalu menghalang komunikasi kita dengan manusia lain dengan api cemburu. Tidak boleh itu tidak boleh ini.Mereka tidak sedar membuat kita berlinang air mata kerana sedih sebab mereka.

Sahabat adalah hubungan selamanya. Sahabat adalah sahabat meskipun jarak memisahkan. Sahabat akan menyayangi kita dengan tulus tanpa perasaan asmara yang penuh nafsu. Perhatian mereka juga tidak akan luntur walaupun usia bertambah seiring perjalanan nafsu. Sedangkan sayang seorang kekasih akan lapuk ditelan waktu. Semakin lama semakin hilang rasa sayang kerana rasa bosan. 

Hubungan persahabatan dibina atas perasaan saling menghargai dan bukan dirancang suatu saat akan terputus. Tetapi kekasih sungguh sangat berbeza. Adakalanya orang bercinta kerana diniatkan untuk putus dalam masa tertentu. Kemudian mencari kekasih lain yang lebih cantik dan lebih menarik.

Ada masa putus, ada masa berakhir dan ada masa gagal. Cinta yang diucapkan tidak lagi segar, malah layu kering dan tidak enak lagi didengar. Berpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah..

wahai muslimah

Wahai MUSLIMAH...

♥ Carilah LELAKI yang boleh mengingatkan mu tentang SEMBAHYANG,
=>Bukan LELAKI yang selalu mengajak TENGOK WAYANG..!

♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan dirimu untuk MENGAJI,
=> Bukan LELAKI yang selalu mengajak mu SMS TIAP-TIAP HARI..!

♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan mu tentang MENUTUP AURAT,
=> Bukan LELAKI yang hanya tahu nak MENGURAT..!

♥ Carilah LELAKI yang boleh mengajar mu MENGHORMATI ORANG TUA,
=> Kerana disitu letaknya pintu SYURGA..!

buat renungan bersama

 Anak Palestin gugur syahid, Anak Melayu gugur janin,
Anak Palestin hilang keluarga sebelum bekeluarga, Anak melayu hilang dara sebelum bekeluarga,
Anak Palestin maut di tembak zionis semasa jihad, Anak Melayu maut di tembok besi semasa rempit,
Anak Palestin menangis kerana diragut harta,maruah,keluarga,
tempat tinggal.
Anak Melayu menangis kerana teman lelaki atau teman wanita
diragut orang lain..

Sabtu, 14 April 2012

ZINA

Assalamualaikum, terima kasih kepada pembaca yang telah menghubungi facebook saya untuk bertanya akan hal ini.Soalannya berkaitan zina.Kita sebagai hamba ALLAH perlu menjaga perilaku kita. Kita tidak boleh mendekati zina . Firman ALLAH

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
-Surah Al-Israk: ayat 32



Sedangkan untuk menghampiri zina kecil pun kita telah ditegah inikan pula untuk melakukannya.Contoh zina kecil adalah zina mata.Apabila seseorang itu tidak menjaga pandangan matanya daripada memangdang ajnabinya hendaklah ditundukkan pandangannya.


seterusnya hukum zina , Firman ALLAH ;
"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman."
-Surah An-Nur: ayat 2



"Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas."
-Surah Al-Mukminun: ayat 5-7



sabda rasullah SAW
"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."
-Hadis riwayat Imam Ahmad 



Ya akhi , ya ukhti renung2kanlah sabda nabi kita ,jauhilah perbutan yang akan mendekatkan diri kepada zina.Akhir kata dari saya tepuk dada tanya iman.


       

Selasa, 27 Mac 2012

HUKUM MENDERMAKAN ORGAN

     Ada yang mengatakan bahawa tidak mengapa untuk mendermakan sesuatu yang merupakan pemiliknya.Namun adkah tubuh badan kita itu adlah milik kita? ataupun hanya pinjaman dari ALLAH SWT dan tidak boleh didermakan?
Tubuh merupakan anugerah ALLAH yang tidak ternilai , kita tidak boleh melakukan sesuka hati kita seperti membubh diri sendiri mahupun memperdagangkannya untuk mendapat keuntungan untuk diri sendiri.Namun perlu diperhatikan disini bahawa manusia boleh menggunakan tubuh badannya sebagaimana dia menguruskan hartanya.Harta merupakan milik ALLAH sebagaimana disyariatkan didalam islam
..."dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta ALLAH yang dikurniakan kepadamu ..."(an-nur;33)
Akan tetapi ALLAH memberi kebebasan untuk nmembelanjakan harta tersebut.Maka manusia boleh mendermakan harta untuk kepentingan orang lain dan dibolehkan untuk mendermakan sebahagian daripada bahagia tubuhnya untuk orang lain tetapi dengan bersyarat!
       Pada zaman sekarang ramai pernderma darah yang mendermakan darahmya dimana mereka juga mendermakan sebahagian daripada tubuhnya,menurut fatwa' menderma darah adalah dibenarkan syara'.Berusaha untuk membantu seorang muslim bagi membantu menghilangkan penderitaannya dengan menderma sebahagian daripada organ adalah mulia .Hal ini kerana islam tidak membataskan sedekah hanya harta semata-mata tetapi termasuk semua pemberian kita kepada seseorang dengan ikhlas .Tetapi islam melarang memperdagangkan oragan dalaman kita untuk mendapat keuntungan.Saya ingin bertanya kepada pembaca , Berapa harga mata anda?telinga anda?kaki anda?..Semua nikmat ALLAH itu tidak ternilai harganya  dan kita tidak berhak menjualnya.Hargailah nikmat ALLAH yang telah ALLAH berikan kepada kita.
      Namun jika seseorang itu mendermakan organ sehingga memudaratkan dirinya hukumnya tidak boleh, kerana kita ingin menyelamatkan nyawa orang lain namun nyawa kita sendiri yang terancam.Tetapi kita tidak boleh mendermakan organ kita kepada orang kafir harbi yang memerangi orang islam islam.Menurut islam orang yang murtad merupakan orang yang mengkhinati agam islam dan mereka berhak dibunuh.Sedangkan dalam islam mereka boleh dibunuh , inikan kita pula yang mahu membantu mereka untuk hidup.tepuk dada tanya iman!
      Seterusnya seorang muslim menggunakan organ daripada orang kafir.Hal ini kerana organ tubuh tidak ada muslim mahupun kafir , ia hanyalah alat yang digunakan untuk manusia untuk terus hidup , hal ini sama seperti orang islam yang menggunakan rampasan perang untuk memperjuangkan islam.


     .
     

Ahad, 25 Mac 2012

NUSYUZ SUAMI

Assalamualaikum.Kita sering mendengar tentang nusyuz seorang isteri , tetapi seorang suami juga melakukan nusyuz.Jarang sekali kira medengar akan nusyuz seorang seorang suami terhadap isterinya.








     Maksud nusyuz ialah tempat tertinggi.Isteri yang nusyuz adalah seorang isteri yang inkar terhadap suaminya dan membangkitkan kemarahannya.Manakala nusyuz bagi seorang suami adalah seseorang yang tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, bersikap acuh tidak acuh  dan bersikap dingin terhadapnya(Fairuz Al-Abdi:Qamus al-muhit 678)


     Firman ALLAH "Dan jika seorang wanita khuwatir akan nusyuz atau atau sikap tidak acuh dari suaminya , maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya dan perdamaian itu lebih baik walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir.Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu(dari sikap nusyuz),maka sesungguhnya ALLAH maha mengetahui apa yang kamu lakukan".(Surah An-Nisa';128)
   
       Cuba renungkan dan dalami ayat diatas, kita dapat simpulkan bahawa buksn sekadar seorang isteri sahaja yang boleh melakukan nusyuz seorang suami juga tidak terkecuali dalam meneraju rumah tangga.Menurut pendapat beberapa ulama' nusyuz seorang suami terjadi apabila seseorang suami itu melakukan kekerasan terhadap isterinya, tidak menggauli isterinya dan tidak menunaikan hak isterinya.


      Berikut merupakan  ciri2 seorang suami nusyuz yang saya dapatkan dari buku 30 perilaku Durhaka suami terhadap isterinya karangan   Muhammad Thalib  antaranya ialah;
~Gagal atau enggan memberikan nafkah(zahir/batin)
~Gagal menyediakan tempat tinggal yang selamat
~Tidak membayar mahar
~Menyebabkan kemudaratan(memukul isteri tanpa sebab)
~Memperlakukan isteri dengan kasar
~Merosakkan martabat isteri
~Menuduh isteri berzina tanpa saksi


TINDAKAN ISTERI JIKA SEORANG SUAMI NUSYUZ
Hadis Rasullah menyatakan "lelaki yang baik adlah seorang suami yang paling baik terhadap isterinya".Jika seorang suami nusyuz isterinya hendaklah bersabar dan memperingatkannya tentang tanggungjawabnya.Jika lankah ini tidak berjaya isteri berhak membawa kesnya kepada kadi bagi mendapatkan haknya semula.Jika perkara ini juga tidak berjaya kadi berhak menjatuhkan hukuman taazir kepadanya.Penyelesaian terakhir adlah cerai.


Yang baik itu daripada ALLAH yang buruk itu datang dari saya sendiri , andai perkara yang saya tulis ada kesahan mohon perbetulkan saya.wallahualm.
       









Khamis, 22 Mac 2012

LOVE IS CINTA

"Jika bapa2 kamu,anak2  kamu dan saudara-mara kamu yang dan isteri2 kamudan kaum keluarga dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan kamu merosot dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai - (jika semuanya itu menjadi perkara2 yang kamu cintai melebihi daripada ALLAH dan rasullnya (daripada)berjihad untuk agamaNya maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusanNya kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang2 yang fasik."(At-taubah:24)


   Cinta yang paling agung adalah cinta kepada ALLAH , cinta pertngahan adlah cinta terhasil daripada ikatan seseorang yang dikasihinya samaada dengan ikatan akidah atau persaudaraan.Manakala cinta hina  ialah cinta yang berteraskan hawa nafsu semata-mata yang melebihi cinta kepada ALLAH.Sebenarnya dalam konteks islam tidak ada istilah cinta bagi mereka yang belum berkahwin.Cuba anda lihat 3 peringkat cinta yang digariskan adkah islam mengariskan cinta terhadap teman lelaki mahupun teman wanita?tepuk dada, tanya iman.Renung2kanlah
      
       Cintakan bunga akan layu ,
       cintakan manusia akan mati,
       cintakan ALLAH kekal abadi,
       itulah cinta,cinta yang hakiki.




    Rasullah saw bersabda "Sesiapa yang asyik kepada sesuatu lalu cuba yntuk menjauhkannya atau melupakannya lalu menyembunyikannya didalam hatinya , kemudian dia mati, matinya adalah mati syahid".( riwayat hakim khatib,ibni Asakir dan lain2)


      Jatuh cinta itu tidak salah , yang salahnya terlalu asyik bercinta!.Perasaan cinta itu adlah anugerah ALLAH , tetapi kita sebagai hambanya perlu bijak mengawal perasaan tersebut daripada lalai mengingatiNya.Tidak salah jika seseorang itu menyayangi orang yang diminatinya, tetapi kita perlu berusaha untuk mengikisnya ,hal ini kerana jodoh pertemuan di tangan ALLAH , yakin dengan kehendakNya.Hal ini penting bagi mengelkkan perbuatan zina.


"Lelaki penzina tidak layak berkahwin kecuali dengan perempuan penzina ,atau perempuan yang musyrik dan perempuan penzina yang tidak layak dikahwini , kecuali oleh lelaki yang penzina atau lelaki yang musyrik dan demikian itu diharamkan keatas orang-orang yang beriman".(surah AN-NUUR:3)